Najib
Razak membidas tindakan Pakatan Harapan mendiamkan diri BERHUBUNG 4 PERJANJIAN “LAND
SWAP” DI BAWAH PENTADBIRAN DR MAHATHIR MOHAMAD pada 1997.
Bekas
perdana menteri itu berkata, apa yang “MENARIK” ialah PERDANA MENTERI,
MENTERI PERTAHANAN DAN KEWANGAN KETIKA ITU, SEMUANYA BERADA DALAM PAKATAN
HARAPAN SEKARANG.
Beliau
merujuk Mahathir, Syed Hamid Albar dan Anwar Ibrahim.
Najib
mengulas laporan media 4 daripada 16 perjanjian “LAND SWAP” yang ditekankan Menteri
Pertahanan, Mohmad Sabu pada Khamis lalu, berlaku pada 1997 ketika Mahathir
pertama kali menjadi perdana menteri.
“Walaupun
kes ini MEMBABITKAN
KERUGIAN TERBESAR DAN PELANGGARAN TERANG-TERANGAN dengan memberi status pegangan
kekal berbanding pajakan 99 tahun untuk tanah itu, ini bukan antara kes yang
dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta polis oleh
Kementerian Pertahanan minggu lalu.”
Beliau
turut mempersoalkan
tindakan Kementerian Pertahanan mengeluarkan laporan “land swap” itu daripada
laman webnya, tidak lama selepas portal berita melaporkan kes itu berlaku pada
zaman pemerintahan Mahathir.
“Saya
tertanya-tanya kenapa.
“Sebenarnya,
kerajaan Barisan Nasional di bawah pemerintahan saya perlu menghabiskan banyak
masa untuk menyelesaikan kes-kes ini, termasuk menuntut kerugian akibat projek
ini.”
Khamis
lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai MAT SABU MENDAKWA 13 DARIPADA 16
PROJEK “LAND SWAP” DI BAWAH PENTADBIRAN BN membabitkan Najib dan
bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein.
Mat
Sabu turut mendakwa kerajaan kerugian lebih RM500 juta akibat perjanjian “land
swap” itu.
Katanya,
hasil siasatan mendapati berlaku banyak ketirisan, termasuk penjualan tanah
pada harga rendah dan projek “land swap” diberikan kepada pemaju tidak
berkelayakan.
Bagaimanapun,
beliau menafikan Mahathir terbabit dalam perjanjian itu.
FMT
cuba menghubungi Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Syed Hamid
untuk mengulas isu itu.
Terdahulu,
Hishammuddin mencabar penggantinya, Mat Sabu dan Liew membuktikan beliau
mendapat manfaat dari segi kewangan dan politik secara peribadi daripada
perjanjian “land swap” itu.
“Nasihat
saya kepada mereka berdua ialah jangan mengkritik orang lain kerana
masing-masing ada silap sendiri.”
Katanya,
SEBARANG
SIASATAN PERLU MEMBABITKAN SEMUA PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN.
Rujukan: KLIK DISINI
Rujukan: KLIK DISINI