Pas menuntut kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan
polis memperincikan PERKEMBANGAN SIASATAN KES YANG
MELIBATKAN LIMA PEMIMPIN DAP.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
berkata, banyak
pihak telah membuat laporan polis, namun sehingga hari ini semua kes tersebut
masih belum diputuskan.
"RAKYAT BERHAK UNTUK MENGETAHUI
lebih lanjut perkembangan kes berkenaan supaya ia dilihat berjalan dengan telus
dan adil,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian
turut memperincikan lima kes yang membabitkan pimpinan DAP.
"PERTAMA,
kes Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang
dikaitkan mempunyai hubungan dengan pemimpin pengganas Pembebasan Harimau Tamil
Eelam (LTTE) dan gambarnya melakukan aktiviti ritual menyembah senapang
Kalashnikov (AK-47).
"KEDUA,
kes Menteri Sumber Manusia, M KULA
SEGARAN
yang mendakwa orang Melayu sebagai pendatang dan mahu mengetuk kepala guru-guru
sejarah dalam satu program yang dianjurkan di Nilai, Negeri Sembilan,"
katanya.
Selain itu, menurut beliau KES KETIGA melibatkan
kes Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P WAYTHA MOORTHY yang telah
mendakwa kerajaan memberi layanan buruk, mendiskriminasi dan menzalimi
masyarakat India di Malaysia.
"KEEMPAT,
kes Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) kerajaan Selangor, V GANABATIRAU yang mendakwa kumpulan Muslim menyerang Kuil Sri
Mariamman, di USJ 25, Subang Jaya Selangor.
"KELIMA,
kes Ahli Parlimen Batu Kawan, KASTHURIRAANI PATTO yang
menghina rakyat Kelantan dengan menjadikan kanak-kanak sebagai objek hiburan
setelah pihak kerajaan Kelantan tidak meluluskan lesen hiburan," ujar Tuan
Ibrahim.
Beliau berkata, lima kes yang melibatkan pemimpin
DAP ini SANGAT
KRITIKAL KERANA IA TELAH MENYENTUH SENSITIVITI RAKYAT MALAYSIA dan
boleh mencetuskan
ketegangan kaum.
Katanya, kerajaan dan POLIS MESTI MEMBERI
PENJELASAN TUNTAS BERHUBUNG KES INI.
Artikel Penuh : KLIK DISINI