Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail berkata, KEKOSONGAN DALAM KABINET HANYA AKAN
BERLAKU APABILA TUN DR
MAHATHIR MOHAMAD MENGOSONGKAN JAWATAN PERDANA MENTERI.
Bercakap kepada media selepas melawat CyberSecurity
Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, kekosongan dalam Kabinet perlu dibuat
berdasarkan apa yang dijanjikan dalam Pakatan Harapan.
"Saya kira kalau PM kosongkan (tempat), itu
yang dijanjikan," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir
bahawa tidak ada kekosongan dalam Kabinet buat masa ini.
Dr Mahathir ketika ditanya sama ada beliau akan
membawa masuk Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai
Kabinet dilaporkan berkata Kabinet tiada kekosongan sekarang dan tidak juga
akan berlaku pertambahan ahli Kabinet.
Dr Mahathir dilaporkan berkali-kali menyatakan proses peralihan
tampuk pemerintahan kepada Anwar akan berlaku. - Bernama
Artikel Penuh :
KLIK DISINI