Translate

Memaparkan catatan dengan label PM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PM. Papar semua catatan

04/09/2021

PM ADA OTAK ATAU TIDAK?????


YAB PM menyentuh beban kewangan yang semakin besar perlu ditanggung kerajaan untuk emolumen dan bayaran pencen... ramai netizen memberi ulasan.... di antara ulasan yang tepat dan terbaik yang saya baca ialah....

PENCEN PALING MEMBEBANKAN sebenarnya kepada politikus bergaji besar (malah elaun lebih tinggi dari gaji!) seperti jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli DUN.

MOHON MEREKA DINYAHSENARAIKAN SEBAGAI PENJAWAT AWAM DAN DINYAHKELAYAKAN daripada menerima skim pencen kerana dgn hanya memegang jawatan 60 bulan... dah layak terima pencen penuh... berbanding KTA yang perlu bekerja 240 bulan utk layak pencen...

Cuba YAB PM lihat contoh emolumen untuk Menteri kabinet sahaja seramai 25 orang:

 1) Gaji Pokok = RM18,000

2) Elaun Kerainan = RM10,500

3) Elaun Perumahan = RM10,800

4) Elaun Wakil Rakyat = RM10,650

5) Elaun Parkir = RM5,700(Mereka bukan bayar pun pakir kenderaan tu, sbb dah free pun klau dtg dgn kenderraan rasmi,kelentong ajee)

 JUMLAH KESELURUHAN = RM55,650

Kerajaan juga membayar emolumen RM16,000 sebulan kepada 222 Ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 Ahli Dewan Negara.

Bayangkan setiap penggal (5 tahun sekali) wakil rakyat bertukar dan mereka semua panjang umur seperti Tun maka berapa kos pencen untuk bekas-bekas wakil rakyat ini?

Ini lebih membazir dan membebankan berbanding penjawat awam yang bergaji rendah seperti pembantu am gred 11 dengan gaji RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih 30 tahun gajinya mati setakat RM2,983. Maka pencennya hanya setakat RM1,491.50 sebulan untuk 15 tahun (selepas berumur 60 tahun) jika mengambil kita jangka hayat rakyat Malaysia setakat 75 tahun.

 Nota 1: Elaun Parkir kenderaan menteri lebih tinggi dari gaji Gred 44!

 Nota 2: Jika gaji gred kakitangan kerajaan terendah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan 37 orang pembantu am gred 11.

Politikus yang memegang jwtn atas lantikan pengundi... bukan membela nasib rakyat tetapi membela nasib mereka sendiri... ini harus di betulkan... belum lagi di ambil kira mereka mengambil kesempatan ke atas lain2 peluang utk mengaut keuntungan....

 Mohon di viralkan supaya terbuka akal mereka yang jumud tu...💨💨📣

31/08/2019

KAK WAN KECEWA TUN MAHATHIR TIDAK MENUNAIKAN JANJI PH

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KEKOSONGAN DALAM KABINET HANYA AKAN BERLAKU APABILA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD MENGOSONGKAN JAWATAN PERDANA MENTERI.

Bercakap kepada media selepas melawat CyberSecurity Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, kekosongan dalam Kabinet perlu dibuat berdasarkan apa yang dijanjikan dalam Pakatan Harapan.

"Saya kira kalau PM kosongkan (tempat), itu yang dijanjikan," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir bahawa tidak ada kekosongan dalam Kabinet buat masa ini.

Dr Mahathir ketika ditanya sama ada beliau akan membawa masuk Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Kabinet dilaporkan berkata Kabinet tiada kekosongan sekarang dan tidak juga akan berlaku pertambahan ahli Kabinet.

Dr Mahathir dilaporkan berkali-kali menyatakan proses peralihan tampuk pemerintahan kepada Anwar akan berlaku. - Bernama

Artikel Penuh : KLIK DISINI


15/04/2019

AGONG PERLU DIBERI KUASA PECAT PM UNTUK PERTAHAN KESUCIAN ISLAM

PETALING JAYA – DALAM USAHA UNTUK MEMELIHARA KESUCIAN DAN KEUTUHAN AGAMA ISLAM serta penganutnya di negara ini, ahli-ahli Parlimen Melayu Islam digesa membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengukuhkan kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).
Pengarah Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Raggie Jessy Rithaudeen berkata, pindaan itu bertujuan MEMBERI KUASA KEPADA YDPA UNTUK MELUCUTKAN JAWATAN PERDANA MENTERI yang didapati cuba menjatuh dan mempertikaikan kedudukan Islam di negara ini.
“Kami menuntut agar Perlembagaan Persekutuan dipinda SUPAYA YDPA LEBIH EFEKTIF SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM.
“Baginda bukan hanya menjadi ketua simbolik negara tetapi tuanku juga mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri.
“Sekiranya Perdana Menteri pincang, dipengaruhi puak bukan Islam atau kelakuannya dilihat mengaibkan oleh orang Melayu Islam, YDPA ada kuasa untuk memecatnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Deklarasi Selangor di sini, hari ini.
Selain itu, Raggie Jessy juga menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mewujudkan Islamophobia atau ketakutan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan penganutnya.
“Institusi Islam, agama Islam, orang Melayu Islam serta institusi diraja dilihat kian terancam oleh golongan tertentu yang dilihat menentang institusi agama Islam terutamanya bangsa DAP.
“Kami juga berikrar untuk menuntut agar Islamophobia, mana-mana usaha daripada mana-mana puak iaitu cuba menakut-nakutkan kaum lain supaya membenci Islam, takut kepada Islam, takut kepada Melayu Islam
“Kami menuntut agar perkara ini dijadikan jenayah yang boleh dipenjarakan jika disabit kesalahan,” katanya.
Raggie turut menuntut agar Islam dijadikan sebagai agama rasmi negara ini bagi memastikan agama-agama lain tidak mempertikaikan kedudukan Islam yang mewakili penganut terbesar di negara ini.
“Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, namun puak DAP masih boleh mempertikaikan hak keistimewaan Islam.
“Kami percaya DAP giat berusaha untuk menjadikan Islam bersifat liberal dengan bantuan ahli-ahli politik Melayu Islam yang berada di bawah pengaruhnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

12/04/2019

TAK KAN LAH PM TAK FAHAM > MEMANG HATI JAHAT

Pertikaian mengenai siapa yang berkuasa melantik Menteri Besar Johor yang baharu, diredakan oleh Menteri Dalam Negeri, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN YANG MENYATAKAN ‘SUDAH ZAMAN BERZAMAN dilaksanakan dan dikuatkuasakan’ pelantikan itu dilakukan Sultan di negeri tersebut.

Muhyiddin yang juga Presi­den Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, memang SUDAH TERMAKTUB DALAM UNDANG-UNDANG TUBUH JOHOR 1985 DAN TIDAK SEHARUSNYA DIPERDEBATKAN oleh mana-mana pihak.

Beliau yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor sebelum ini juga dengan tenang memaklumkan undang-undang tersebut sudah menjelaskan secara lengkap tata cara pemilihan Menteri Besar di nege­ri tersebut.

“Biasanya ketua parti yang menguasai Dewan Negeri ini macam dalam kes ini ialah Pakatan Harapan, membawa nama kepada Tuanku. Selepas dibawa, dalam Perlembagaan itu raja atau kes ini Sultan yang melantik Menteri Besar.

“Itu ada dalam Perlembagaan. Pasal Perlembagaan kata mesti dilantik oleh sultan dan sultan akan memutuskan berdasarkan nama yang dikemukakan oleh parti yang mempunyai kerusi paling banyak di Dewan Negeri,’’ katanya.

Rujuk: KLIK DISINI

11/08/2015

AIR DI PARAS HIDUNG BARU NAK INGAT "KEYBOARD WARRIORS"

Umno perlu lahirkan ramai 'keyboard warriors' untuk menyelamatkan masalah peribadi atau ????

PASIR GUDANG - Umno perlu melahirkan lebih ramai 'keyboard warriors' dalam menangkis tohmahan dan fitnah ke atas kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui kewujudan media sosial ini mewujudkan satu pembentukan minda persepsi mengatasi realiti.

"Saya tidak menafikan ruang siber adalah medan paling penting masa kini,  ia tidak lagi menjadi medan fizikal iaitu face to face (bersemuka) komunikasi sebab itu kita perlu wujudkan lebih ramai apa yang saya sifatkan keyboard warrior.

"Pembangkang tidak perlu berbuat apa-apa, sebaliknya hanya perlu menimbulkan keraguan dan persoalan diminda rakyat sudah cukup menghancurkan Umno dan Barisan Nasional," katanya Umno Bahagian Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini, hari ini.

Sumber: KLIK DISINI

26/05/2013

ANWAR SALAHKAN BN KERANA TAK JADI PERDANA MENTERI

Anwar salahkan BN sebagai punca perjanjian damai dengan Najib berkecai

PETALING JAYA, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) melanggar beberapa syarat semasa perjanjian damai pada April lalu dimana naib presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi orang tengah antara beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tersebut berhujah dalam menghormati perjanjian itu yang mensyaratkan kedua-dua pihak menerima sebarang keputusan pada Pilihan Raya 2013, terdapat beberapa syarat awal yang mesti dipenuhi terlebih dahulu.
“Terdapat beberapa parameter yang dipersetujui. Pertama, etika dalam mengendalikan kempen dan cara hal ehwal media dikendalikan oleh kerajaan supaya tidak dipergunakan untuk menyerang pembangkang... ini tidak berlaku.” KLIK

06/03/2013

JEFFERY KITINGAN JUGA BERSEKONGKOL DENGAN KIRAM II ??

Setelah pendedahan dari Inquirer News tentang pertemuan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar ibrahim dengan kerabat Sultan Sulu, ramai yang berteka teki siapakah pemimpin yang dimaksudkan oleh laporan media tersebut.

Menurut laporan perisik Filipina, pemimpin berkenaan merupakan individu yang sedang mengintai ruang untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya Pakatan mampu menawan negeri tersebut selepas PRU13 nanti.

01/03/2013

HAJI HADI BENAR2 KECEWA TIDAK DILANTIK SEBAGAI PM


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan veteran DAP Lim Kit Siang kemungkinan akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sin Chew Daily melaporkan Anwar berkata undang-undang Malaysia tidak melarang kerajaan untuk melantik dua timbalan perdana menteri, namun menyatakan Pakatan Rakyat akan menghormati kehendak rakyat berdasarkan proses demokrasi.

28/01/2013

PM Sampaikan Mesej Perpaduan Sebaik Tiba Di Tanah Air

Najib disambut timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta orang ramai setibanya di Kompleks Bunga Raya, KLIA sempena lawatan ke Gaza serta Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland di Sepang, Ahad. -fotoBERNAMA
SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat Malaysia tentang kepentingan perpaduan dalam sesebuah negara dan bagaimana ia menjadi tonggak dalam perjuangan.
Katanya, rakyat Malaysia harus mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Gaza dan bersatu memperjuangkan hak asasi kemanusiaan.
Perdana Menteri berkata, mesej yang sama telah disampaikan ketika lawatan kemanusiaan beliau ke Gaza minggu lepas.

24/01/2013

Lawatan Gaza: Anwar Kecil Hati Najib Tak Ajak?

najibhaniyehpalestine0123c
“SIAPA Nasharudin Mat Isa dibanding dengan aku?”

Itulah soalan yang bermain-main di minda ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sejak berita lawatan bersejarah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke wilayah bergolak Gaza ini menjadi viral di Internet dan media masa semalam, kalah Listen, Listen, Listen!!

Anwar bukan nak sangat pergi ke Gaza tu, dia pun takut mati, walaupun sebelah Gaza itu adalah Israel, negara sekutu rapat dimana dia telah memberi janji untuk melindungi keselamatannya awal tahun sudah.

31/10/2012

PETRONAS Carigali temui medan minyak Bertam: Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan PETRONAS Carigali Sdn Bhd dan Lundin Oil menemui rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Beliau berkata, medan minyak yang terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan Pahang, pada kedalaman air 76 meter. 

"Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersil dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu dan ia adalah kejayaan besar. 

29/07/2012

INILAH CONTOH PEMIMPIN GILA KUASA ???

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin hari ini mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti tersebut. 

Walaubagaimanapun, Lajim yang juga timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan menyerahkan kepada kepimpinan Umno untuk menentukan sama ada dapat mengekalkan atau tidak jawatan timbalan menterinya itu, lapor akhbar The Star versi online.

Perkembangan ini memberikan tamparan hebat kepada perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan pilihan raya umum (PRU) yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Lajim turut berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik tetapi akan bekerja dengan parti pembangkang, Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan negeri Sabah, lapor The Star lagi.

26/06/2012

ZURAIDA TALIBAN NAK BUBAR PARLIMEN UNTUK PILIHANRAYA UMUM KE 13 ???


Ini masalahnya...bila Ketua Wanita PKR nak serang tak tengok kiri kanan


Inilah yang dikatakan nak tunjuk garang dan hebat tidak kena tempat.

Apapun tidak boleh salahkan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.Ahli Parlimen PKR Ampang itu mungkin nak tunjuk hebat kepada penyokongnya di luar sana beliau juga mampu berentap debat dengan seorang Perdana Menteri di Parlimen.

Cuma cara dan apa yang dipersoalkannya semberono.

Sebagai Ahli Parlimen beliau sepatutnya tahu ia kuasa perogratif seorang Perdana Menteri melantik menteri dan menentukan bila hendak bubar parlimen untuk pilihanraya umum.

Namun Zuraida yang digelar 'Taliban' oleh orang-orang PKR main sondol saja.

13/06/2012

Masa Depan Cerah Menanti Jika BN Terus Memimpin - Najib

Image Detail
Perdana menteri berkata di bawah BN, masa depan yang lebih baik menanti mereka serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Beliau menegaskan BN telah membuktikan bahawa ia boleh memberikan apa yang rakyat mahukan untuk negara ini melalui pelaksanaan agenda transformasi kerajaan.

Tahap kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan telah meningkat ekoran kejayaan pelaksanaan dasar transformasi negara, kata Najib dalam perbualan selama sejam dengan orang ramai melalui sesi sembang NSTlive pada laman web NST hari ini.

16/05/2012

PANAS BERCILI! LAGI GAMBAR BABI UPAHAN PAKATAN RAKYAT YANG MENGGILA DI LONDON! MESTI TENGOK!


Inilah muka-muka babi yang buat kecoh kat London! babi upahan PAKATAN RAKYAT terutamanya DAP ni memang dengan sengaja nak cari pasal. DAP memang mencabar supaya berlakunya satu lagi 13 Mei, mereka memang dah nekad! DAP patut diharamkan!

Jangan benarkan barua-barua tu balik ke Malaysia.... tunggu saja....


Baca berita selanjutnya dan KLIK DISINI

13/05/2012

NAJIB MERIMASKAN PAKATAN

Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai asas kukuh untuk berkata dengan yakin bahawa BN mampu menguasai semula negeri-negeri yang kini diperintah pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, demikian menurut penganalisis politik.

Mereka melihat momentum sokongan rakyat yang kian menebal kepada BN setelah perdana menteri melaksanakan pelan transformasi negara bukan sahaja dibuat dengan bersungguh-sungguh tetapi juga jelas telah memberi manfaat langsung kepada rakyat.

12/05/2012

SEMANGAT KEMELAYUAN UMNO BANGKIT UNTUK MENENTANG SEBARANG UNSUR KEGANASAN YANG DITIMBULKAN PIHAK PEMBANGKANG ??


KUALA LUMPUR 11 Mei - Kira-kira 120,000 ahli UMNO dan orang ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil serta perkarangannya di sini malam ini bagi menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-66.

Seawal pukul 3 petang lagi, lautan baju merah sudah memenuhi perkarangan stadium.

Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi di hadapan lebih 100,000 anggota UMNO, dianggap sebagai bekalan dan peringatan penting kepada anggota parti itu sebelum pilihan raya umum ke-13.

17/04/2012

Najib lancar kereta Proton Preve berinternet

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan model terbaharu Proton Holdings Bhd. (Proton) bagi pasaran global iaitu Proton Preve di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines di Seri Kembangan dekat sini malam tadi.
Perdana Menteri menyifatkan kereta global itu, yang dilengkapi kemudahan Internet wifi 4G, bukan sahaja sangat berkualiti malah ciri-ciri keselamatannya diyakini mampu menepati piawaian antarabangsa.

12/04/2012

Yakin rakyat kini bersedia – PM


KUALA LUMPUR 11 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah membatalkan tiga proklamasi darurat adalah kerana yakin rakyat kini telah bersedia untuk memasuki era baru.

“Kerajaan percaya bahawa setelah lebih separuh kurun merdeka dan mengamalkan demokrasi, masyarakat berbilang kaum di Malaysia telah mencapai tahap kematangan yang tinggi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...