Pertikaian
mengenai siapa yang berkuasa melantik Menteri Besar Johor yang baharu,
diredakan oleh Menteri Dalam Negeri, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN YANG
MENYATAKAN ‘SUDAH ZAMAN BERZAMAN dilaksanakan
dan dikuatkuasakan’ pelantikan itu dilakukan Sultan di negeri tersebut.
Muhyiddin yang
juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, memang SUDAH TERMAKTUB DALAM
UNDANG-UNDANG TUBUH JOHOR 1985 DAN TIDAK SEHARUSNYA DIPERDEBATKAN oleh mana-mana
pihak.
Beliau yang
pernah menjawat jawatan Menteri Besar Johor sebelum ini juga dengan tenang
memaklumkan undang-undang tersebut sudah menjelaskan secara lengkap tata cara
pemilihan Menteri Besar di negeri tersebut.
“Biasanya ketua
parti yang menguasai Dewan Negeri ini macam dalam kes ini ialah Pakatan
Harapan, membawa nama kepada Tuanku. Selepas dibawa, dalam Perlembagaan itu
raja atau kes ini Sultan
yang melantik Menteri Besar.
“Itu ada dalam
Perlembagaan. Pasal Perlembagaan kata mesti dilantik oleh sultan dan sultan
akan memutuskan berdasarkan nama yang dikemukakan oleh parti yang mempunyai
kerusi paling banyak di Dewan Negeri,’’ katanya.
Rujuk: KLIK DISINI