PETALING JAYA – DALAM USAHA UNTUK MEMELIHARA KESUCIAN DAN
KEUTUHAN AGAMA ISLAM
serta
penganutnya di negara ini, ahli-ahli Parlimen Melayu Islam digesa membawa usul
untuk meminda
Perlembagaan Persekutuan bagi mengukuhkan kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).
Pengarah Bersama Gerakan Bangsa
Nasional (GBN), Raggie Jessy Rithaudeen berkata, pindaan itu bertujuan MEMBERI KUASA KEPADA YDPA UNTUK MELUCUTKAN
JAWATAN PERDANA MENTERI
yang didapati
cuba menjatuh dan mempertikaikan kedudukan Islam di negara ini.
“Kami menuntut agar Perlembagaan
Persekutuan dipinda SUPAYA
YDPA LEBIH EFEKTIF SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM.
“Baginda bukan hanya
menjadi ketua simbolik negara tetapi tuanku juga mempunyai kuasa untuk memecat
Perdana Menteri.
“Sekiranya Perdana Menteri pincang, dipengaruhi
puak bukan Islam atau kelakuannya dilihat mengaibkan oleh orang Melayu Islam,
YDPA ada kuasa untuk memecatnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis
Pelancaran Deklarasi Selangor di sini, hari ini.
Selain itu, Raggie Jessy juga menuntut
kerajaan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mewujudkan
Islamophobia atau ketakutan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan
penganutnya.
“Institusi Islam, agama Islam, orang
Melayu Islam serta institusi diraja dilihat kian terancam oleh golongan
tertentu yang dilihat menentang institusi agama Islam terutamanya bangsa DAP.
“Kami juga berikrar untuk menuntut agar
Islamophobia, mana-mana usaha daripada mana-mana puak iaitu cuba
menakut-nakutkan kaum lain supaya membenci Islam, takut kepada Islam, takut
kepada Melayu Islam
“Kami menuntut agar perkara ini
dijadikan jenayah yang boleh dipenjarakan jika disabit kesalahan,” katanya.
Raggie turut menuntut agar Islam
dijadikan sebagai agama rasmi negara ini bagi memastikan agama-agama lain tidak
mempertikaikan kedudukan Islam yang mewakili penganut terbesar di negara ini.
“Walaupun Islam adalah agama
Persekutuan, namun puak DAP masih boleh mempertikaikan hak keistimewaan Islam.
“Kami percaya DAP giat berusaha untuk
menjadikan Islam bersifat liberal dengan bantuan ahli-ahli politik Melayu Islam
yang berada di bawah pengaruhnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette