Translate

Memaparkan catatan dengan label Perlembagaan Persekutuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perlembagaan Persekutuan. Papar semua catatan

15/04/2019

AGONG PERLU DIBERI KUASA PECAT PM UNTUK PERTAHAN KESUCIAN ISLAM

PETALING JAYA – DALAM USAHA UNTUK MEMELIHARA KESUCIAN DAN KEUTUHAN AGAMA ISLAM serta penganutnya di negara ini, ahli-ahli Parlimen Melayu Islam digesa membawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengukuhkan kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).
Pengarah Bersama Gerakan Bangsa Nasional (GBN), Raggie Jessy Rithaudeen berkata, pindaan itu bertujuan MEMBERI KUASA KEPADA YDPA UNTUK MELUCUTKAN JAWATAN PERDANA MENTERI yang didapati cuba menjatuh dan mempertikaikan kedudukan Islam di negara ini.
“Kami menuntut agar Perlembagaan Persekutuan dipinda SUPAYA YDPA LEBIH EFEKTIF SEBAGAI KETUA AGAMA ISLAM.
“Baginda bukan hanya menjadi ketua simbolik negara tetapi tuanku juga mempunyai kuasa untuk memecat Perdana Menteri.
“Sekiranya Perdana Menteri pincang, dipengaruhi puak bukan Islam atau kelakuannya dilihat mengaibkan oleh orang Melayu Islam, YDPA ada kuasa untuk memecatnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Deklarasi Selangor di sini, hari ini.
Selain itu, Raggie Jessy juga menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba mewujudkan Islamophobia atau ketakutan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan penganutnya.
“Institusi Islam, agama Islam, orang Melayu Islam serta institusi diraja dilihat kian terancam oleh golongan tertentu yang dilihat menentang institusi agama Islam terutamanya bangsa DAP.
“Kami juga berikrar untuk menuntut agar Islamophobia, mana-mana usaha daripada mana-mana puak iaitu cuba menakut-nakutkan kaum lain supaya membenci Islam, takut kepada Islam, takut kepada Melayu Islam
“Kami menuntut agar perkara ini dijadikan jenayah yang boleh dipenjarakan jika disabit kesalahan,” katanya.
Raggie turut menuntut agar Islam dijadikan sebagai agama rasmi negara ini bagi memastikan agama-agama lain tidak mempertikaikan kedudukan Islam yang mewakili penganut terbesar di negara ini.
“Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, namun puak DAP masih boleh mempertikaikan hak keistimewaan Islam.
“Kami percaya DAP giat berusaha untuk menjadikan Islam bersifat liberal dengan bantuan ahli-ahli politik Melayu Islam yang berada di bawah pengaruhnya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

04/06/2018

MAHATHIR GUNA KUASA VITO LANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ??

KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu dijangka mengadakan perbincangan khas berkenaan jawatan Peguam Negara pada Selasa ini.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata warkah persilaan untuk perbincangan khas di Istana Negara itu telah dikeluarkan pada 1 Jun kepada Raja-Raja Melayu.

Syed Danial berkata, ketika ini kerajaan dan Istana Negara belum ada persetujuan mengenai pemberhentian perkhidmatan Peguam Negara yang ada sekarang serta calon penggantinya.

"Raja-Raja Melayu mengikuti perkembangan ini (jawatan Peguam Negara) dan merasakan ada tanggungjawab untuk membantu menyelesaikan kekusutan ini," katanya.

Menurut kenyataan itu, di bawah Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan: "Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri melantik seorang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.

PERKARA 145 (5) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PULA MENETAPKAN: "...Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong." KLIK DISINI


Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, berkuat kuasa serta-merta.

Dr Mahathir berkata, Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan terdapat beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. - Bernama

Baca lebih lanjut dan KLIK DISINI

14/11/2012

NGO mahu hapus Artikel 89 dan 153 Perlembangaan Malaysia... Apa pendirian PAS?

ert-tenaganita
Nak cari pasal... Menjelang pilihanraya umum ke 13, macam-macam cara orang hendak cari populariti termasuklah mempertikaikan apa yang sudah diterima sekian lama orang rakyat Malaysia.

Terbaru, dua NGO, satu asing dan satu lagi Malaysia, keluarkan satu laporan yang konon dakwa dua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan menyebabkan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain di negara ini.

Equal Rights Trust (ERT) NGO yang berpengkalan di London bersama Tenaganita, NGO yang mana bosnya orang Malaysia dan pemimpin PKR Irene Fernandez, berkerjasama menyiapkan laporan tersebut.

Dengan dibiayai oleh tabung Kesatuan Eropah (EU) laporan setebal 406 (Versi PDF) itu boleh dimuat turun di laman web ERT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...