Translate

Memaparkan catatan dengan label ERT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ERT. Papar semua catatan

14/11/2012

NGO mahu hapus Artikel 89 dan 153 Perlembangaan Malaysia... Apa pendirian PAS?

ert-tenaganita
Nak cari pasal... Menjelang pilihanraya umum ke 13, macam-macam cara orang hendak cari populariti termasuklah mempertikaikan apa yang sudah diterima sekian lama orang rakyat Malaysia.

Terbaru, dua NGO, satu asing dan satu lagi Malaysia, keluarkan satu laporan yang konon dakwa dua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan menyebabkan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain di negara ini.

Equal Rights Trust (ERT) NGO yang berpengkalan di London bersama Tenaganita, NGO yang mana bosnya orang Malaysia dan pemimpin PKR Irene Fernandez, berkerjasama menyiapkan laporan tersebut.

Dengan dibiayai oleh tabung Kesatuan Eropah (EU) laporan setebal 406 (Versi PDF) itu boleh dimuat turun di laman web ERT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...