Translate

Memaparkan catatan dengan label TPM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TPM. Papar semua catatan

31/08/2019

KAK WAN KECEWA TUN MAHATHIR TIDAK MENUNAIKAN JANJI PH

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, KEKOSONGAN DALAM KABINET HANYA AKAN BERLAKU APABILA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD MENGOSONGKAN JAWATAN PERDANA MENTERI.

Bercakap kepada media selepas melawat CyberSecurity Malaysia di sini hari ini, beliau berkata, kekosongan dalam Kabinet perlu dibuat berdasarkan apa yang dijanjikan dalam Pakatan Harapan.

"Saya kira kalau PM kosongkan (tempat), itu yang dijanjikan," katanya ketika ditanya mengenai kenyataan Dr Mahathir bahawa tidak ada kekosongan dalam Kabinet buat masa ini.

Dr Mahathir ketika ditanya sama ada beliau akan membawa masuk Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai Kabinet dilaporkan berkata Kabinet tiada kekosongan sekarang dan tidak juga akan berlaku pertambahan ahli Kabinet.

Dr Mahathir dilaporkan berkali-kali menyatakan proses peralihan tampuk pemerintahan kepada Anwar akan berlaku. - Bernama

Artikel Penuh : KLIK DISINI


18/03/2019

TPM GUNAKAN "TONGKAT SAKTI" UNTUK TERUS MENTADBIR MALAYSIA

ORANG MENGANDUNG PUN DAH BERANAK, NAK SALAHKAN KERAJAAN TERDAHULU JUGAK ???? JAWAPAN SEPERTI ANAK2 SEKOLAH RENDAH TAHUN 1.
PARIS – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia agar BERSABAR DAN MEMBERI PELUANG kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menyelesaikan pelbagai masalah bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.
Beliau berkata kerajaan mungkin memerlukan setahun ataupun tiga tahun, malah mungkin lebih daripada itu untuk memperbaiki negara yang telah berada bawah amalan kleptokrasi selama 61 tahun.
“Untuk memperbaiki sesuatu yang sudah lama bukan mudah, tiada ‘TONGKAT SAKTI’, tidak ada butang automatik yang anda boleh tekan (untuk selesaikan segala-galanya)…ia tidak berfungsi seperti itu…ia memerlukan kerja keras dan air mata dan harus diusahakan oleh semua orang rakyat Malaysia.
“Kita mesti bekerja keras untuk memperbaiki KEADAAN YANG RUNCING dan proses ini mungkin mengambil masa lama lagi,” katanya semasa berucap pada Majlis Diaspora Bersama Rakyat Malaysia di Perancis di sini Ahad.
Dr Wan Azizah dalam rangka lawatan kerja empat hari ke negara ini dengan agenda utama bagi mempengerusikan Mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Sainstifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Sesi Ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST.
Pada majlis yang dihadiri komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis itu, Dr Wan Azizah juga menjelaskan bahawa perpaduan rakyat merupakan elemen penting dalam negara mengorak langkah ke arah Malaysia baharu.
Dr Wan Azizah berkata sebagai sebuah negara yang majmuk, tidak harus ada mana-mana kaum merasa iri hati dan berprasangka buruk terhadap kaum lain.
“Kita melihat New Zealand itu satu negara yang begitu stabil, sejahtera dan begitu aman, tetapi dikejutkan dengan white–supremacy (ketuanan bangsa kulit putih) yang menyerang orang yang sedang bersolat, tidak bersenjata…kita tidak boleh membenarkan antara kita merasakan iri hati, marah dan benci sesama sendiri sebagai rakyat Malaysia,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut menyeru komuniti dan pelajar Malaysia yang berada di Perancis untuk pulang ke tanah air bagi membantu membangunkan negara menerusi kepakaran dan pengetahuan masing-masing.
“Kita memerlukan semua diaspora Malaysia dari seluruh dunia untuk membantu membina Malaysia baharu,” katanya.
— BERNAMA

11/10/2018

WAN JIJAH DAH GILA NAK JADI PM PULAK

KUALA LUMPUR 11 Okt. – KENYATAAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL BERKENAAN TAWARAN JAWATAN PERDANA MENTERI KEPADANYA oleh Yang di-Pertuan Agong adalah tidak wajar.

Pengerusi Hisbah Centre For Reform (Hisbah), Datuk Mohd. Ezam Mohd. Nor berkata, setelah lebih 100 hari memerintah negara, kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) seharusnya berada di tahap maksimum bekerja untuk rakyat dan bukan lagi mengheret persoalan lalu.

Lebih memeranjatkan, katanya, perkara yang dibicarakan adalah tentang titah Yang di-Pertuan Agong dalam pertemuan tertutup di Istana Negara yang seharusnya dipelihara kehormatannya.

“BERHENTI BERBICARA SOAL JAWATAN, TUMPU PERHATIAN KEPADA KERJA YANG DIMANDAT OLEH RAKYAT DENGAN GAJI YANG DIBAYAR RAKYAT. Jawatan bukan untuk dibuat sebagai pesona atau kemegahan sebaliknya jawatan adalah amanah.

“Lebih-lebih lagi dalam PRESTASI AHLI KABINET YANG MASIH BELUM MENDAPAT KEYAKINAN TINGGI RAKYAT,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Wan Azizah dalam lawatan kerjanya di Indonesia semalam mengakui PERNAH DITAWARKAN MENJADI PERDANA MENTERI selepas PH memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Mohd. Ezam menambah, tugas seorang Timbalan Perdana Menteri adalah membantu Perdana Menteri dan bukannya menguar-uarkan dirinya pernah ditawarkan ke jawatan orang nombor satu negara itu.– UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI  © Utusan Melayu (M) Bhd

31/07/2017

AHLI UMNO: 'Jangan jadi seperti ketam dalam bakul’

PETALING JAYA - Ahli Umno dIingatkan supaya tidak menjadi seperti 'ketam di dalam bakul' yang cuba melepaskan atau menaikkan diri masing-masing dengan cara memijak orang lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden Umno yang menjalankan tugas timbalan presiden Umno itu sebaliknya meminta supaya anggota parti itu bersikap seperti semut, yang sentiasa 'bersalam' dengan rakannya yang lain apabila bersua.

"Masalah kita ini, semangat macam ketam dalam bakul, ketam punya perangai apabila dalam bakul dia pijak sesama sendiri sebab dia nak keluar daripada bakul dan selamatkan diri dia atau menonjolkan dirinya.

Tetapi akhirnya kerana terpijak sesama sendiri, semua ketam itu mati sedangkan sepatutnya ada seekor ketam yang boleh keluar dan mendapatkan bantuan untuk menjatuhkan bakul itu agar semua ketam tadi dapat keluar," katanya semasa berucap menutup persidangan perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya di sini hari ini.

09/08/2015

CAKAP TAK SERUPA BIKIN SERTA MEMPERBODOH-BODOHKAN RAKYAT MALAYSIA ???


Tiada Tindakan Ke Atas Pegawai SPRM Disiasat Polis – Zahid
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tiada sebarang tindakan lanjut terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diambil keterangan berhubung kebocoran kertas draf pertuduhan ke atas SRC International.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan yang diambil pihak polis ketika ini hanyalah mengambil keterangan dan jika ada penahanan dilakukan, ia hanya membabitkan prosedur operasi standard (SOP) siasatan polis.

30/04/2014

HUDUD: PAS JANGAN BUAT PEKAK BADAK ???


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) beramah mesra dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kanan) ketika menziarahinya di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan itu di Pulau Melaka

KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) yang beragama Islam dan PAS disaran menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai hukum hudud yang berperanan memperinci dan memberi kefahaman kepada rakyat berhubung hukum itu.
Anggota Dewan Negara Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penjelasan mendalam mengenai hudud, kaedah dan kesan pelaksanaannya perlu dibuat segera secara meluas termasuk kepada masyarakat bukan Islam sebelum rang undang-undang persendirian mengenainya dibentangkan PAS di Dewan Rakyat.
"Orang Islam sendiri pun ramai yang kurang faham apa itu hudud. Ini perlu dijelaskan. Eloklah pemimpin-pemimpin Islam (BN dan Pas) duduk semeja, tubuhkan satu jawatankuasa khas, buat forum, dialog untuk terangkan kepada rakyat.

17/07/2013

PRK KUALA BESUT: JANJI MENANG, DOSA NOMBOR DUA ???

Perkara ini telahpun diduga sebelum daripada ini.  Pihak Pakatan Rakyat terutama PAS tetap akan melaksanakan tugas pentingnya iaitu MEMFITNAH terhadap calun dan juga kerajaan, walaupun dalam bulan Ramadhan.


Inilah prinsip yang dipegang oleh puak-puak PAS demi untuk mencapai cita-cita jahatnya. Kategori DOSA & PAHALA telah jatuh nombor dua...??? KLIK dan yang lebih teruk sekali KLIK DISINI


22/05/2012

PENYAKIT PUTAR-BELIT NIK AJIS MENYANGKIT KEPADA MAJLIS PEGUAM ???

Image DetailKUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Majlis Peguam Malaysia menyambut baik penjelasan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan tidak bercadang menubuhkan sebuah badan alternatif untuk mengambil alih fungsi Majlis Peguam.
Presidennya, Lim Chee Wee berkata Majlis Peguam bertanggungjawab dalam tugasnya untuk menegakkan keadilan, justeru mereka menyuarakan pandangan mengenai undang-undang dan polisi, selain bekerjasama dengan kerajaan, pembangkang serta masyarakat madani.

11/04/2012

JANJI PILIHANRAYA PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG CUKUP BODOH, BANGANG DAN MENJIJIKAN

Image Detail
Ramai pemimpin pembangkang sudah mula berlagak ‘hero’ apabila bercerita pasal Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). 


Mereka memberi pelbagai alasan dan janji termasuk hapuskan hutang pelajar dengan PTPTN jika pembangkang menang pilihan raya nanti.



Mereka juga desak kerajaan hapuskan hutang RM43 bilion walaupun negara boleh jatuh bangkrap jika tindakan itu dilakukan.



19/03/2012

Ketua Pembangkang takut rahsia terdedah terbongkar


KUALA LUMPUR 18 Mac - Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan berdepan dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin sebenarnya membuktikan bahawa beliau adalah seorang penakut.

02/03/2012

Terengganu negeri 'biru' - TPM

MUHYIDDIN Yassin menyerahkan sijil Malaysia Book of Records kepada Ahmad Said atas kejayaan negeri itu mengungguli Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 11 tahun berturut-turut pada majlis perjumpaan khas bersama Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalam. - BERNAMA

KUALA TERENGGANU 1 Mac - Terengganu merupakan sebuah negeri 'biru' yang berkeupayaan untuk terus memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sehubungan itu beliau mengharapkan tumpuan yang lebih diberikan oleh BN negeri ini bagi menguasai semula kerusi-kerusi yang dimenangi pembangkang.

''Terengganu adalah negeri 'biru' dalam erti kata negeri ini adalah negeri di mana BN adalah parti yang kuat. Kita menang majoriti besar, kita dapat banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...