Translate

Memaparkan catatan dengan label PRU 13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU 13. Papar semua catatan

21/06/2013

APA PERLUNYA MENGIKUT SANGAT TELUNJUK PAKATAN HARAM???

Kerajaan yang memerintah atau Kerajaan BN perlu bersikap lebih tegas dalam apa juga pertimbangan dalam mentadbir urus segala urusan pentadbiran selepas PRU ke 13. Jangan terlalu tunduk dengan apa juga saranan atau cadangan yang hendak mengucar-kacirkan urusan pentadbiran. 


Berlebih-lebih lagi Ketua Pakatan Haram Anuar Al-Juburi yang begitu serious untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri.  Haus.....haus....haus... Lebih baik jadi PM (Pengetua Maksiat) lagi bagus.

Cuba KLIK DISINI dan DISINI

24/05/2013

Nasib ahli UMNO sabotaj BN diketahui minggu depan termasuk 6 budak hitam ???


MEREKA ADALAH PENGKHIANAT SAMA SEPERTI DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU ??? KALAU PERLU DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI PUN DAH PATUT !!!!

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijangka diketahui minggu depan.

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan.

"Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota UMNO pada PRU-13.

11/05/2013

Anwar tidak reda ketentuan qada dan qadar


KOTA BHARU 10 Mei - Tindakan biadab Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengheret rakyat berdemonstrasi bagi memprotes keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) membuktikan beliau tidak mempercayai dengan ketentuan qada dan qadar.

Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman berkata, sekiranya Anwar berada di landasan orang yang beriman, beliau mesti reda dengan ketentuan qada dan qadar bahawa Barisan Nasional (BN) masih diberi kepercayaan memimpin negara.

Beliau berkata, Ketua Pembangkang itu sepatunya reda dengan keputusan tersebut sebagaimana pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am parti itu, Datuk Dr. Haron Din yang menerima dan menganggap keputusan itu pastinya mempunyai hikmah. - UTUSAN ONLINE

10/05/2013

KUMPULAN PEMANTAU PROSES PRU KE 13 KRONI UMNO ????

Keputusan PRU-13 berwibawa

PUTRAJAYA 8 Mei - Proses pengundian yang berlangsung dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 Ahad lalu, mempunyai kewibawaan dan boleh dipercayai.

Perkara itu diakui tiga kumpulan pemantau proses tersebut iaitu Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) dan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) serta Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas).

Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, secara keseluruhan keputusan pilihan raya yang diumumkan juga adalah sah.

Katanya, meskipun terdapat beberapa kecacatan kecil dilaporkan namun proses pengundian berjalan lancar dan dalam masa sama sukar mendapat proses yang 100 peratus sempurna.

09/09/2012

PRU-13 penentu survival UMNO, BN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang adalah penentu kepada kesinambungan hidup UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam arena politik negara.

Sehubungan itu, menurut beliau, mahu tidak mahu ahli UMNO dan BN perlu bersatu tenaga bagi membuktikan kepada rakyat hanya parti tersebut mampu menggalas tanggungjawab memimpin dan mentadbir negara dengan baik.

Malah katanya, ahli dan pemimpin parti juga harus belajar daripada pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum lalu yang menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan pembangkang.

25/07/2012

Pembangkang Takut Slogan ‘Janji Ditepati’ Kerana Mereka Amal ‘Janji Ditaburi’

KUALA LUMPUR, 24 Julai – “Pembangkang tak perlulah nak sibuk politikkan slogan Hari Kemerdekaan ke 55 iaitu ‘Janji Ditepati’. Daripada sibuk pasal slogan ni lebih baik betulkan cara pentadbiran di negeri masing-masing terutama menunaikan janji yang telah ditaburkan pada pilihanraya umum lepas kerana kalau Kerajaan BN pakai ‘Janji Ditepati’, pembangkang pula ‘Janji Ditaburi’

23/07/2012

TUJUAN MASUK POLITIK TERUNGKAI



ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam."Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu."Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara."Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua.

Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut," katanya. 

14/07/2012

PAKATAN HARAM JANGAN PUTARBELITKAN LAGI PENUGASAN SPR !!!



Sidang Media SPR & Demo Penggunaan Dakwat Kekal

12/07/2012

PAS ANJING DAP DAN ORANG SURUHAN PKR ???

HADI HANYA PANDAI BERCAKAP DAN TAK PANDAI MELAKSANAKAN, HANYA GIMIK UNTUK POLITIKNYA SAJA.

APA YANG HADI DAH LAKUKAN ATAU LAKSANAKAN SEMASA MENJADI MB TERENGGANU DAN DI DUN RHU RENDANG SELAMA 30 TAHUN ???

1.Kenapa PAS tukar asas perjuangan? Gugurkan kempen negara Islam dan hukum hudud yang mereka perjuangkan sekian lama, tetapi pada masa yang sama DAP dan PKR masih kekalkan asas perjuangan mereka.

2.Kenapa PAS menjadi ‘bisu’ dalam isu kebanjiran rumah-rumah urut, pusat hiburan dan premis menjual arak di Selangor dan Kedah?

11/07/2012

DAP MENGENEPIKAN PAS DALAM PRU KE 13 ???


Nik Aziz: Berita DAP tanding 90 kerusi Parlimen ‘karut’

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan DAP akan bertanding 90 kerusi melebihi kerusi yang ditanding Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah tuduhan mengarut.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, beliau tidak akan mengulas mengenai percaturan kerusi sama ada Pas ataupun Pakatan Rakyat selagi mana Parlimen belum dibubarkan.

"Saya tidak mahu bercakap perkara yang karut maruk itu, sedangkan dalam Pas sendiripun saya tidak mahu membangkitkan isu tersebut," katanya ketika ditemui di Majlis Perjanjian Pembangunan Pusat Kitar Semula dan Kompos antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-Bri) dan SS Microbial Sdn Bhd di sini, semalam.

06/07/2012

NIK AZIZ JATUH PENGSAN ANWAR BERUNDUR DARI POLITIK ???

SHAH ALAM – Hasrat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dibantah oleh pemimpin tertinggi Pas.


Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kurang bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut yang mahu kembali menjadi pendidik kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar.

“Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.

“Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!” katanya dipetik dari laman Facebooknya semalam.

Selasa lalu, dalam satu temubual khas yang disiarkan Financial Times, Anwar, 65, berkata, beliau akan meninggalkan politik dan kembali mengajar sekiranya PR gagal menumpaskan kerajaan BN.

Namun Anwar tidak pula menyatakan sama ada mahu mengajar di universiti dalam atau luar negara.

Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

05/07/2012

PUTAR BELIT ANWAR IBRAHIM SELEPAS PRU KE 13 ???

Anwar ucap ‘selamat tinggal’ jika gagal PRU13

SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.

Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik - mengajar.

Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara.

Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Sebelum dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Umno tahun itu. Kedua-dua jawatan itu disandangnya sehingga dipecat pada 1998.

Dalam wawancara itu, Anwar mengaku sudah penat berusaha menawan Kerajaan Pusat sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia.

“Kami mempersembahkan manifesto, polisi dan sudah tentu jika kami mendapat mandat rakyat, saya akan teruskan. Jika tidak berjaya saya fikir mahu kembali mengajar,” katanya.

04/07/2012

NIK AZIZ TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG ???



Pilihanraya: Kalau Najib Takut,… Nik Aziz?


Dalam ceramahnya di majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D’Perantauan, Nik Aziz berkata, “Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen. Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) ‘serabut perut’.”

bersih3+nik+aziz+dan+ambiga[1]Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS macam yang kita tahu kerap bercakap guna kepala lutut berbanding memanfaatkan akal fikiran yang waras.

Padahal, bukan dia tak tahu dulu hingga kini, puak pembangkanglah yang paling awal meramal tarikh pilihanraya umum kononnya parlimen akan dibubar pada sekian-kian tarikh.

Bila pilihanraya umum tak berlaku seperti yang mereka ramalkan, mereka buat ramalan lain pula, bila tak terjadi juga mereka tuduh pula kerajaan pusat takut menghadapi pilihanraya.

Inilah skrip yang mereka mainkan siang malam sebaik saja masuk tahun ketiga mandat pemerintahan sejak dulu hingga kini sama saja motifnya.

Semuanya dilakukan sebenarnya bertujuan untuk mengekalkan semangat ahli parti sendiri supaya sentiasa fokus pada pilihanraya dan melupakan sengketa serta masalah dalaman parti.

Bila ahli dan penyokong asyik berbicara pasal pilihanraya, automatik hasil kerja buat pemimpin pembangkang yang langsung tak memberi hasil manfaat untuk rakyat tidak lagi menjadi buah butir persoalan.

Kan bijak tu. Bijak mengalih perhatian daripada kelemahan dan kebebalan sendiri di persoalkan orang bawahan.

27/06/2012

LUAHAN ANAK KELANTAN YANG INGINKAN PERUBAHAN SEGERA ???



Rasanya banyak lagi perkara-perkara yang diabaikan oleh NIK AZIZ terhadap rakyat Kelantan, yang miskin terus miskin. Dah lah miskin minta duit rakyat lagi untuk bina lebuh raya. Setiap kali ceramah minta derma lagi dan ........1001 permasalahan yang timbul di Negeri Serambi Mekah.

Rakyat sebenarnya kurang bersetuju pendekatan BERDEMOSTRASI, BERPIKET dan Himpunan Jalanan silih berganti dalam menyuarakan TUNTUTAN dan DESAKAN.

32 NGO mengerah ribuan pengikut MENENTANG dan MENUNTUT untuk TGNA sebagai Menteri Besar dan KERAJAAN PAS bertanggungjawab akan segala kepincangan dan kelemahan dalam 22 tahun pentadbiran KERAJAAN GULA-GULA.

26/06/2012

LIM KITAR SEMULA DAH NYANYOK HAMPIR PUPUS ???


kitsiang300

Soalan ini tak perlu jawab...kata Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata desakan Lim Kit Siang agar Barisan Nasional memberi jaminan peralihan kuasa akan berlangsung aman jika pakatan pembangkang menang pilihanraya umum ke 13 adalah sesuatu 'yang akademik dan tidak perlu dijawab'.

Perdana Menteri sebaliknya bertanya apakah pakatan pembangkang akan menghormati keputusan jika BN menang besar pilihanraya.

"Kalau saya tanya soalan itu...anda akan kata itu akademik.Jadi kalau anda tanya saya soalan itu...saya akan kata akademi,"katanya.

Beliau dipercayai merujuk kepada tindak tanduk pembangkang yang kerap kali memekak itu ini tidak kena bila kalah sesuatu pilihanraya kecil kebelakangan ini.

Najib menjawab soalan berkenaan ketika ditanya seorang wartawan semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat.

21/06/2012

PENDEDAHAN AIDC DAN MYMASSA PERLU DIAMBIL SERIUS OLEH KERAJAAN



Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!


BENARKAH ada sebuah negara atau beberapa negara yang mahu mengucar-kacirkan pilihan raya Malaysia kali ini?

Benarkah mereka mahu mengubah dan menumbangkan secara sistematik kerajaan yang ada ini, kerajaan tonggak Melayu yang telah memerintah selama 54 tahun?

Benarkah mereka terlalu cemburu dengan kemajuan Malaysia ini yang mungkin akan menyaingi mereka dalam beberapa segi?

Benarkah selagi kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan sekarang masih wujud, selagi itulah mereka akan merasa tidak selamat dan selesa?

Saya cukup terkejut membaca pendedahan melalui fail wikileaks oleh sebuah blog mymassa dan AIDCNews yang mendedahkan mengenai cubaan satu kuasa asing di rantau ini yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat negara ini menentang kerajaan semasa, atau menyokong pihak pembangkang atau cuba membantu apa yang boleh untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini.

12/06/2012

PAS KETANDUSAN WAKIL RAKYAT ???

Image Detail
TAWARAN ISTIMEWA DARI PAS - SIAPA NAK JADI WAKIL RAKYAT SILA MENDAFTAR SEGERA DENGAN WAKIL-WAKIL PAS TERDEKAT !!!!!
 
Baru sebulan dua penyanyi Aishah menyertai PAS, desas-desus kencang bertiup di dalam parti itu yang menyatakan dia akan terpilih sebagai calon mewakili parti tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Khabarnya, bisik-bisik di dalam PAS memberitahu bahawa Aishah akan dicalonkan di Jempol, Negeri Sembilan. Tak tahulah sama ada di Parlimen atau DUN. Tapi begitulah dikhabarkan…

11/06/2012

500 hadir majlis sumpah keramat TIBAI

500 hadir majlis sumpah keramat Tibai
Penasihat Tibai, Senator Ezam Mohd Nor berkata, kunjungan kumpulan ini ke Kelantan adalah sebagai usaha untuk menegakkan kebenaran dan memberitahu rakyat Kelantan mengenai pembohongan yang dilakukan Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini merupakan kunjungan pertama di Kelantan selepas Selangor dalam rangka lawatan kami ke negeri-negeri, untuk menjelaskan mengenai isu Anwar yang banyak berdolak-dalik dan menimbulkan sentimen kebencian rakyat terhadap Kerajaan.

28/05/2012

Tujuh Prinsip Sebagai Panduan Rakyat Hadapi PRU-13 - DS Najib


Image Detail
Beliau berkata tujuh prinsip itu dikemukakan berdasarkan tempoh hampir tujuh dekad UMNO telah berjasa kepada negara.

“Saya nak papar tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan. Pertama, antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mana satu kepimpinan yang dipercayai dan janji ditepati? Siapa yang buat segalanya? Barisan Nasional!”

“Selain itu, 22 janji yang pembangkang beri… sebahagian besar tak ditunaikan di Selangor. Siapa yang gagal uruskan soal air? Banyak lagi mereka gagal.

26/05/2012

Belum memerintah dah huru-hara tak persefahaman, macam mana nak memerintah ???


Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib hari ini menegaskan bahawa beliau menentang sebarang usaha untuk melonjakkan kalangan bukan Melayu atau bukan Islam menerajui negara ini.

Beliau berkata, Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tentunya akan terus memastikan ia tidak akan berlaku.

Katanya, hanya orang Islam yang layak dilantik sebagai Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini pada masa akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...