Pilihanraya: Kalau Najib Takut,… Nik Aziz?
Dalam ceramahnya di majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D’Perantauan, Nik Aziz berkata, “Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen. Lepas sehari, sehari ditangguh. Tentu ada sesuatu. Masalah apa kita tak tahu, yang pasti dia (Najib) ‘serabut perut’.”
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS macam yang kita tahu kerap bercakap guna kepala lutut berbanding memanfaatkan akal fikiran yang waras.
Padahal, bukan dia tak tahu dulu hingga kini, puak pembangkanglah yang paling awal meramal tarikh pilihanraya umum kononnya parlimen akan dibubar pada sekian-kian tarikh.
Bila pilihanraya umum tak berlaku seperti yang mereka ramalkan, mereka buat ramalan lain pula, bila tak terjadi juga mereka tuduh pula kerajaan pusat takut menghadapi pilihanraya.
Inilah skrip yang mereka mainkan siang malam sebaik saja masuk tahun ketiga mandat pemerintahan sejak dulu hingga kini sama saja motifnya.
Semuanya dilakukan sebenarnya bertujuan untuk mengekalkan semangat ahli parti sendiri supaya sentiasa fokus pada pilihanraya dan melupakan sengketa serta masalah dalaman parti.
Bila ahli dan penyokong asyik berbicara pasal pilihanraya, automatik hasil kerja buat pemimpin pembangkang yang langsung tak memberi hasil manfaat untuk rakyat tidak lagi menjadi buah butir persoalan.
Kan bijak tu. Bijak mengalih perhatian daripada kelemahan dan kebebalan sendiri di persoalkan orang bawahan.
Mandat pemerintahan hanya akan tamat pada April 2013, kata putus ada ditangan Najib. Bila tiba waktunya, parlimen akan dibubarkan juga.
Sementara masa masih banyak berbaki, menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk terus berbakti pada rakyat dan bukannya siang malam berpolitik macam pembangkang.
Dalam pada Nik Aziz beria-ia nak pilihanraya disegerakan, nampak semacam Nik Aziz pun sebenarnya berkeyakinan penuh penuh pada SPR.
Sebelum ini dialah salah seorang keparat yang bersungguh benar menampung perbelanjaan penyokong PAS dari Kelantan untuk menyertai perhimpunan Bersih 3.0 yang anti SPR.
Tidakkah nampak sangat percanggahannya itu, sekejap yakin sekejap was-was dengan SPR. Agaknya kerap sangat melalut disebabkan panggilan ‘menghuni rumah 3 kaki x 7 kaki’ dah dekat sangat barangkali.
Kot Nik Aziz dah kemaruk sangat dan tak sabar nak menikmati kemeriahan musim pilihanraya, patutnya dia sendiri boleh lakukan hari ini juga dengan membubarkan DUN Kelantan.
Sekarang apa lagi? Bubarlah semua DUN negeri yang diperintah pakatan pembangkang, terutama sekali Kelantan dan Selangor. Takut ke?
Sumber:mykmu