Translate

Memaparkan catatan dengan label Pengkhianat Parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengkhianat Parti. Papar semua catatan

22/07/2013

LOBI MELOBI. PETEH MEMETEH TETAP BERLAKU DI UMNO BAHAGIAN MARANG ???



PEREBUTAN JAWATAN DAN KUASA TETAP AKAN BERLAKU DISEPANJANG PEMILIHAN DI PERINGKAT CAWANGAN.  IA NYA SUDAH PUN BERMULA.
UMNO MARANG PERLU BERHATI-HATI DENGAN MEREKA-MEREKA YANG DIMAKSUDKAN........!!!!

PENGKHIANAT PARTI PERLU DISINGKIRKAN TERUS DARIPADA MENJAWAT SEBARANG JAWATAN.

JANGAN ULANGI KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN DALAM PRU KE 13 !!!!!
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Anggota Umno dinasihat bermuzakarah sesama sendiri bagi mengelak perebutan jawatan sepanjang pemilihan di peringkat cawangan yang sedang berlangsung sejak Isnin lepas hingga 30 Ogos ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mereka perlu berpegang kepada Fasal 3 perlembagaan parti, yang antara lain menegaskan bahawa Umno merupakan sebuah parti politik yang menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam.
“Jadi dalam Islam duduk muzakarah dan berbincanglah siapa nak jadi ketua dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di surau As-Sodiqin, Taman Kobena, di sini hari ini.

24/05/2013

Nasib ahli UMNO sabotaj BN diketahui minggu depan termasuk 6 budak hitam ???


MEREKA ADALAH PENGKHIANAT SAMA SEPERTI DALANG PENCEROBOHAN LAHAD DATU ??? KALAU PERLU DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI PUN DAH PATUT !!!!

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas berkata apa jua keputusan atau bentuk hukuman berhubung perbuatan mensabotaj parti oleh anggota UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dijangka diketahui minggu depan.

Katanya siasatan mengenai aduan itu masih dijalankan.

"Lembaga Disiplin menerima 11 aduan sabotaj dan kita telah arahkan pihak penyiasat membuat siasatan rapi supaya kita dapat membuat keputusan dengan adil dan tidak menganiaya mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi Bernama bagi mengulas perbuatan sabotaj oleh anggota UMNO pada PRU-13.

23/10/2012

Jawatankuasa Khas UMNO ada 'kuasa besar'

muhyiddin1111
CEGAH SEBELUM PARAH

UMNO akan melantik 191 pemantau di setiap bahagian bagi mewakili jawatan kuasa khas menangani masalah sabotaj parti dalam pilihanraya umum ke 13 dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, tugas mereka bukan hanya memantau dan melaporkan kepada ibu pejabat tetapi juga mencegah daripada perbuatan itu berlaku dengan berbagai cara.

"Kawasan dah ada sejarah, maka anggota jawatankuasa khas boleh buat program mencegah bukan hanya tunggu jika ada masalah baru buat kerja, bahkan mereka boleh campur tangan (intervene) sekarang dengan memberikan nasihat," kata beliau di Hulu Langat pada Isnin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...