Translate

Memaparkan catatan dengan label Sabotaj Parti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sabotaj Parti. Papar semua catatan

17/04/2013

MENLENYAPKAN SABOTAJ KAMBING HITAM

Kegiatan 'kambing-kambing hitam' di kandang-kandang kambing diseluruh negara masih lagi dipantau rapi oleh pengusahanya, bagi menentukan aktiviti-aktivitinya tidak terkeluar daripada kandang.


Nak sedap cerita - kenapa ada yang siang menjadi ular malam menjadi manusia. Kenapa 'sokong membawa rebah'. Kenapa ada 'musang berbulu ayam', 'musuh dalam selimut' atau 'gunting dalam lipatan'. Kenapa ada 'pagar yang sanggup makan padi' atau 'pancing makan umpan'.

Namun begitu, segala-galanya telah terjawab selepas pengumuman calun-calun yang bertanding di Peringkat Parlimen dan DUN diseluruh negara.

KLIK SINI kalau nak panjangkan cerita.


23/10/2012

Jawatankuasa Khas UMNO ada 'kuasa besar'

muhyiddin1111
CEGAH SEBELUM PARAH

UMNO akan melantik 191 pemantau di setiap bahagian bagi mewakili jawatan kuasa khas menangani masalah sabotaj parti dalam pilihanraya umum ke 13 dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, tugas mereka bukan hanya memantau dan melaporkan kepada ibu pejabat tetapi juga mencegah daripada perbuatan itu berlaku dengan berbagai cara.

"Kawasan dah ada sejarah, maka anggota jawatankuasa khas boleh buat program mencegah bukan hanya tunggu jika ada masalah baru buat kerja, bahkan mereka boleh campur tangan (intervene) sekarang dengan memberikan nasihat," kata beliau di Hulu Langat pada Isnin.

24/05/2012

Mereka yang mensabotaj parti perlu disingkirkan segera daripada parti ???

Image DetailTindakan mensabotaj parti oleh ahli yang tidak tercalon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengalami nasib yang lebih buruk berbanding apa yang berlaku pada 2008.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata, sejarah hitam pada pilihan raya umum lalu itu tidak akan berlaku sekiranya mereka tidak mempunyai perasaan dendam dan hasad dengki.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...