Translate

23/10/2012

Jawatankuasa Khas UMNO ada 'kuasa besar'

muhyiddin1111
CEGAH SEBELUM PARAH

UMNO akan melantik 191 pemantau di setiap bahagian bagi mewakili jawatan kuasa khas menangani masalah sabotaj parti dalam pilihanraya umum ke 13 dalam masa terdekat, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, tugas mereka bukan hanya memantau dan melaporkan kepada ibu pejabat tetapi juga mencegah daripada perbuatan itu berlaku dengan berbagai cara.

"Kawasan dah ada sejarah, maka anggota jawatankuasa khas boleh buat program mencegah bukan hanya tunggu jika ada masalah baru buat kerja, bahkan mereka boleh campur tangan (intervene) sekarang dengan memberikan nasihat," kata beliau di Hulu Langat pada Isnin.

Jelas Timbalan Presiden UMNO itu lagi, jawatan kuasa itu akan dilantik dalam masa terdekat supaya mereka boleh memulakan tugas secepat mungkin.

"Jangan tunggu masa pilihan raya, kalau nak selesaikan sekarang pun boleh jika ada kawasan yang wujud isu sabotaj ini..." katanya.

Ditanya berapa lama masa yang diperlukan untuk melantik semua 191 pemantau tersebut dan mengumumkan secara terperinci definasi sabotaj itu, kata Muhyiddin "secepat mungkin.. kurang dari sebulan..."

Sementara itu, mengulas mengenai pengumuman Mursyidul Am PAS Datik Nik Aziz Nik Mat mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang, jelas TPM, Barisan Nasional (BN) tidak kisah sama ada Nik Aziz nak bertanding atau tidak.

"Itu hak dia, saya tiada hak nak komen terpulang kepada kepimpinan PAS jika fikir beliau (Datuk Nik Aziz Nik Mat) masih bertenaga dan tajam fikiran, saya tak nak komen lebih terserah kepada rakyat untuk menilai," ujarnya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO berkata, BN telah pun bersiap sedia dengan jentera pilihan raya dan menawarkan kepimpinan yang berwibawa untuk bertanding di negeri tersebut.

Muhyiddin diminta mengulas laporan yang membayangkan Mursyidul Am Pas itu akan bertanding dalam PRU13.

“Apa yang pasti BN akan menawarkan kepimpinan berwibawa untuk bertanding termasuk calon yang bakal dinamakan menjadi Menteri Besar sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kelantan,” katanya.

Beliau berharap rakyat Kelantan memberi perhatian terhadap perkara ini dan dapat membuat perbandingan berhubung siapa yang lebih layak memimpin negeri itu dan ia bukan terhad atas tokoh agama sahaja bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit di negeri itu.

"..dari segi pentadbiran, pengurusan menyelesaikan masalah isu-isu berbangkit di negeri itu termasuk soal air yang tidak dapat diselesaikan, kemiskinan tegar masih banyak dan isu-isu sosial... itu juga perlu diberi perhatian," katanya.

"Harap rakyat Kelantan dapat buat perbandingan siapa yang lebih bersesuaian dan layak bukan atas tokoh agama sahaja," katanya.

Muhyiddin berkata, hanya rakyat Kelantan yang mempunyai jawapan berhubung apa yang akan berlaku ke atas negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya Nik Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang dan sekali lagi menjadi menteri besar.

"Saya tidak boleh jawab hanya orang di Kelantan yang boleh menjawabnya," katanya.-22/10/2012

Sumber:agendadaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...