Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!
BENARKAH ada sebuah negara atau beberapa negara yang mahu mengucar-kacirkan pilihan raya Malaysia kali ini?
Benarkah mereka mahu mengubah dan menumbangkan secara sistematik kerajaan yang ada ini, kerajaan tonggak Melayu yang telah memerintah selama 54 tahun?
Benarkah mereka terlalu cemburu dengan kemajuan Malaysia ini yang mungkin akan menyaingi mereka dalam beberapa segi?
Benarkah selagi kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan sekarang masih wujud, selagi itulah mereka akan merasa tidak selamat dan selesa?
Saya cukup terkejut membaca pendedahan melalui fail wikileaks oleh sebuah blog mymassa dan AIDCNews yang mendedahkan mengenai cubaan satu kuasa asing di rantau ini yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat negara ini menentang kerajaan semasa, atau menyokong pihak pembangkang atau cuba membantu apa yang boleh untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini.