Translate

Memaparkan catatan dengan label Singapura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Singapura. Papar semua catatan

02/06/2018

#PULAU BATU PUTIH: PAP / DAP BERSATU MENAFIKAN MILIK MALAYSIA

JOHOR BAHRU: UMNO Johor menggesa kerajaan negeri memberikan penjelasan dan menyatakan pendirian berhubung keputusan kerajaan persekutuan menimbang semula untuk mencabar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh (Pedra Branca).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata biar apa pun keputusan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Johor seharusnya mempunyai ketegasan dan menyatakan pendiriannya tersendiri berhubung perkara itu.

"Pihak
MENTERI BESAR JOHOR HANYA MEMBISU dan tidak sedikit pun bersuara menyatakan pendirian kerajaan negeri, sama ada bersetuju atau tidak dengan keputusan tersebut. Tindakan sedemikian amat mendukacitakan.

"Kerajaan negeri seharusnya peka, aktif dan tegas menyatakan pendirian berhubung perkara tersebut terutamanya
PEDRA BRANCA terletak berhampiran dengan Johor. Sudah pastilah kedaulatan dan pemilikannya akan memberi kesan yang besar kepada persempadanan dan aktiviti laut di perairan Johor," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata kerajaan negeri tidak boleh sekadar bersikap acuh tidak acuh dan memilih untuk tidak mengambil peduli perkara yang besar dan penting itu.

KELEBIHAN FIZIKAL:
Pulau Batu Puteh memiliki keluasan 2,000 m², dan semasa air surut diukur, panjangnya ialah 137 m. Ia tidak termasuk Batuan Tengah, yang mana KEDUA-DUA BATU TUNGGUL TERLETAK 0.6 NMI (1.1 KM) DI SELATAN PULAU YANG DIMILIKI OLEH MALAYSIA, dan Tubir Selatan, batu yang timbul semasa air surut sahaja, 2.1 nmi (3.9 km) ke selatan yang mana pemilik sebenar masih dalam penentuan.[5]
SEJARAH:
Kerajaan Negeri-negeri Selat merasakan perlu membina rumah api di Pulau Batu Puteh pada 1847. Kapten James Horsburgh dari Scotland, British kemudiannya membina Rumah Api Horsburgh pada 1847-1851 selepas MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA SULTAN JOHOR pada 1844. [6] Seorang hidrografer Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk melukis peta kedalaman kawasan perairan ini.
Perairan sekitar batuan ini pertama kali memiliki rekod pelayaran yang diterbitkan seawal 1953. Pelayar Belanda Johann van Linschoten kemudian merekodkan Pulau Batu Puteh sebagai "di mana kapal datang dan pergi ke dan dari China lalu dalam bahaya dan sebahagiannya meninggalkannya" ("where ships that come and go to and from China pass in great danger and some are left upon it"). Batuan ini mendapat nama semasa sekumpulan burung camar laut singgah di atasnya.

Sumber Rujukan: 1

Sumber Rujukan: 2

Sumber Rujukan: 3

Sumber Rujukan: 4

Sumber Rujukan5

Sumber Rujukan: 6

25/06/2013

Jerebu: Presiden Indonesia Minta Maaf Kepada Malaysia & Singapura

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.
"Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.
"Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi," katanya.
Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu.

07/03/2013

Portal berita The Mole Singapura PRU ke 13 PKR menjadi juara dan Anwar PM utk Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mendapat bahagian yang besar antara ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang daripada 222 kerusi dalam Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata bahawa perkara itu telah diputuskan oleh majlis kepimpinan Pakatan Rakyat.
Menurut beliau parti itu akan membariskan calon sekitar 80 kerusi manakala Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan bertanding antara 46 dengan 50 kerusi.
PKR, bagaimanapun, akan bertanding sebanyak 90 kerusi, katanya kepada portal berita The Mole.
Baru-baru ini, satu laporan daripada Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) menyatakan bahawa DAP akan menjadi 'pemenang' terbesar dalam pakatan pembangkang.

09/12/2012

PULAU PINANG AKAN IKUT JEJAK LANGKAH SINGAPURA JIKA MENANG PRU KE 13

Inilah orang kebanggaan Nik Ajis
Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

06/12/2012

PAKATAN HARAM ISTIHAR PERANG CYBER DENGAN BANTUAN SINGAPURA ??? APA CERITA NI ???

Pakatan haram dilihat amat terdesak kerana terpaksa minta bantuan kononnya pakar dari Singapura dalam menguruskan jentera maya dan gambar di atas adalah sebahagian latihan jentera maya mereka yang mana kursus sebegini dibuat dari masa ke semasa.Malah mungkin Dap yang cadangkan agar menggunakan dan membayar tenaga pengajar dari Singapura kerana kedengaran angin kencang bertiup bahawa Dap telah membuka pejabatnya di Singapura.

Lim Guan Eng khabarnya telah membuka pejabat Dap di sana supaya mereka senang berurusan “menyerang”kedudukan Kerajaan BN dari sana.Terbaru isu kapal selam yang mana peguam dari Perancis mengadakan taklimat langsung kepada barisan kepimpinan dan juga jentera siber mereka di sana.

03/11/2012

SEBARAN SEGERA ! ANWAR DAN PAP AKAN BERKERJASAMA MULAI HARI INI!

Ini berita yang baru pihak kami terima.

Anwar yang selama ini dilihat telah gagal dalam memperjuangkan isu scorpene akan berada melakukan satu perkara terdesak hari ini.

Mengikut maklumat yang kami terima, anwar ibrahim, SUARAM, SAMM dan chegu bad akan berada di singapura untuk mengadakan persidangan 'tertutup' berkenaan dengan isu fitnah mengenai skandal scorpene.

Bukan sekadar itu, kami dimaklumkan bahawa kehadiran beberapa ahli parlimen pembangkang akan ditaja sepenuhnya oleh PAP dan Anwar Ibrahim.


12/10/2012

INILAH DIA PKR SEBENAR

Projek Datum Jelatek

Projek yang digembar gemburkan sebagai projek Mewah oleh PKR..kini menjadi satu realiti.. http://www.datumjelatek.com/ KLIK DISINI
ironiknya..tapak bekas rumah pangsa PKNS yang 100% nye terdiri dari orang Melayu dipasarkan di Singapura pada minggu lepas. Harga indikatif paling rendah ialah sebanyak RM500,000.
Apakah nasib kawasan Melayu di tangan PKR….mengapa pusat jualan dibuka di Singapura dan bukan di Malaysia?..

04/07/2012

Panas!!! Isteri Yang Baru Dinikahi Mohon Fasakh Kerana Rafizi Bernafsu Songsang?!!!



Mengamuk sakan Rafizi Ramli apabila masalah rumahtangganya mula diperkatakan di ruang siber dan realiti. Berbakul- bakul sumpah seranahnya kepada UMNO kerana kononnya UMNO main kotor dengan melibatkan isterinya yang langsung tiada kena-mengena dengan politik.

Berdasarkan sumber, rumahtangga yang baru sahaja dilayari oleh Rafizi Ramli sekarang berada dalam keadaan yang sangat genting. Sumber bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar pergolakan rumahtangga Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli telah mendirikan rumahtangga pada 8 Oktober 2011 dalam satu majlis akad nikah di Masjid KLCC.

Rafizi sebelum ini merupakan calon utama PKR di Kemaman namun berdasarkan kekuatan PKR di Kemaman yang tidaklah sehebat mana, ditambah pula dengan pergelutan dalaman Cabang Kemaman, Rafizi telah meminta agar dia tidak dicalonkan di Kemaman. Seandainya dia tetap juga dicalonkan di Kemaman, itu bermakna hayat politiknya telah berakhir dan dia cuba disemadikan oleh partinya sendiri.

23/06/2012

Gerakan secara halus Singapura terhadap Malaysia ???

Singapore GE 2011 - Spectators and supporters of the oppositions
Kerajaan Malaysia perlu lebih berhati-hati diatas tindak tanduk Kerajaan Singapura setelah beberapa tindakan yang negatif dilakukan oleh segelintir warganegara Singapura.

Kita tidak kacau mereka tetapi mereka macam sakit hati dengan kita.

Apakah pilihan raya di Singapura bersih, demokratik dan lebih baik daripada kita?
  
Apakah pembangkang di Singapura mendapat layanan seperti di Malaysia?

Jiran tetangga kita yang sepatutnya membantu kita untuk lebih mengamankan negara sebaliknya bermain 'talam dua muka'.

Kalau mahu sokong pembangkang nyatakan sahaja dengan terus terang...

21/06/2012

PENDEDAHAN AIDC DAN MYMASSA PERLU DIAMBIL SERIUS OLEH KERAJAAN



Pendedahan ini, jika benar, cukup memeranjatkan!


BENARKAH ada sebuah negara atau beberapa negara yang mahu mengucar-kacirkan pilihan raya Malaysia kali ini?

Benarkah mereka mahu mengubah dan menumbangkan secara sistematik kerajaan yang ada ini, kerajaan tonggak Melayu yang telah memerintah selama 54 tahun?

Benarkah mereka terlalu cemburu dengan kemajuan Malaysia ini yang mungkin akan menyaingi mereka dalam beberapa segi?

Benarkah selagi kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan sekarang masih wujud, selagi itulah mereka akan merasa tidak selamat dan selesa?

Saya cukup terkejut membaca pendedahan melalui fail wikileaks oleh sebuah blog mymassa dan AIDCNews yang mendedahkan mengenai cubaan satu kuasa asing di rantau ini yang cuba sedaya upaya untuk mempengaruhi rakyat negara ini menentang kerajaan semasa, atau menyokong pihak pembangkang atau cuba membantu apa yang boleh untuk menumbangkan kerajaan yang ada ini.

25/05/2012

Pengadil dituduh atur perlawanan Liga Super

SINGAPURA – Pengadil Malaysia, Shokri Nor bersama seorang lagi rakyat Malaysia, Thana Segar Sinnaiah didakwa di mahkamah Singapura semalam atas tuduhan mengatur keputusan perlawanan Liga Super antara Lions XII menentang Sarawak di republik itu pada Selasa lalu.
Shokri, 48, dan Thana, 38, yang merupakan seorang usahawan dituduh melakukan kesalahan itu pada 19 Mei lepas di sebuah bilik hotel di Pulau Pinang selepas mereka didakwa bersetuju menerima suapan RM15,000 setiap seorang.

09/04/2012

DS HADI MINTA NASIHAT LEE KUAN YEW UNTUK PERSIAPAN PRU KE 13 ???


DS Hadi Awang bersama Salahudin Ayob telah berkunjung ke Singapura dan berjumpa dengan En. Lee Kuan Yew untuk meminta nasihat serta pandangan mengenai persiapan PRU ke 13 yang akan datang.


Disamping itu, DS Hadi akan meletakan calon Menteri Besar Johor kepada En. Salahudin yang bakal menerajui Negeri Johor selepas PRU ke 13 dan akan mengadakan kerjasama erat dengan Singapura jika memenanginya.

13/12/2011

Niat Tony Pua Fitnah Scorpene Terbongkar Untuk Singapura


Niat sebenar para pemimpin pakatan dan DAP yang menyerang perolehan aset kapal selam negara kini terbongkar ,terutamanya Tony Pua dan para pemimpin DAP.Mereka begitu teruk menggasak Kementerian Pertahanan agar mendedahkan spesifikasi Scorpene kepada umum. Tidakkah kita sedar bahawa jika kita mendedahkan spesifikasi kapal selam negara sudah pasti pihak negara asing seperti Singapura akan rahsia aset penting negara.

20/10/2011

CONTOHI SINGAPURA BAGI MEMERANGI RASUAH


Polis wanita dijel 6 bulan kerana terima rasuah daripada rakan


SEORANG pegawai polis wanita dijatuhi hukuman penjara enam bulan semalam kerana menerima rasuah sebanyak $50 daripada seorang rakan sekerja yang meminta agar dia tidak melaporkan kesalahan mencuri yang dilakukannya.

01/09/2011

Penyerahan Kemudahan Loji Rawatan Air Peristiwa Bersejarah

Image Detail

PAGOH, 31 Ogos (Bernama) -- Penyerahan empat kemudahan loji rawatan air oleh Lembaga Perbekalan Awan Singapura (PUB) kepada kerajaan Johor hari ini merupakan satu sejarah yang bermakna ketika negara menyambut Hari Kemerdekaan ke 54, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ini peristiwa bersejarah setelah sekian lama kita bantu Singapura. Kita harap ini suatu manifestasi hubungan istimewa Singapura-Johor yang sudah lama berlaku," katanya kepada pemberita semasa rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kompleks Seri Pekembar, di sini hari Rabu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...