Malu barangkali kerana
beberapa kes melibatkan pegawai-pegawai tinggi Kastam yang ditangkap kerana rasuah
dan penyelewengan kuasa, ada kakitangan Kastam yang
berasakan, tindakan-tindakan tersebut hanya merupakan publisiti kepada
PDRM memandangkan pada fahamannya, rasuah lebih banyak dilakukan oleh
polis berbanding kastam.
Translate
Memaparkan catatan dengan label Jenayah Rasuah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah Rasuah. Papar semua catatan
13/10/2014
10/01/2014
Dua Pegawai Kanan Wisma Putra Ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua pegawai kanan Kementerian Luar bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu penggunaan kenderaan dan urusan logistik semasa Sidang Kemuncak APEC 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat.
Nilai tuntutan dianggarkan AS$126,000 (RM378,000.00).
Dua pegawai berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.30 petang hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Kesalahan dilakukan oleh kedua-dua mereka ketika bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington.
Penahanan mereka disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya Datuk Mustafar Ali.
27/02/2012
Inisiatif bagi kawal “pembiayaan politik” diperkenal – PM
Syabas dan Tahniah PM kerana memperkenalkan sistem 'Pembiayaan Politik' yang dianggap bertepatan ketika ini, bagi mengekang penyalahgunaan kewangan kerajaan, penyelewengan hingga ke akar umbi.
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi mengawal “pembiayaan politik” demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik di negara ini.
26/11/2011
Bekas ASP dijel 2 tahun - Syabas SPRM contoh terbaik sebagai panduan
KUALA LUMPUR - Seorang bekas pegawai polis di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Temerloh dipenjara dua tahun dan denda RM105,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas disabitkan bersalah atas dua tuduhan rasuah sebanyak RM21,000 pada tiga tahun lalu.
Hakim Rozilah Salleh memutuskan demikian terhadap Asisten Supritendan Abd. Jalil Johari, 56, selepas mahkamah dapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.
Bagi tuduhan pertama dan kedua, Rozilah mengenakan hukuman penjara masing-masing setahun dan dua tahun serta denda RM30,000 dan RM75,000.
10/11/2011
Rasuah: 4 polis dipenjara, didenda

SHAH ALAM – Dua anggota polis peronda dijatuhi hukuman penjara empat tahun, manakala dua lagi anggota polis peronda dikenakan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas tuduhan rasuah, dua tahun lepas.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM30,000 terhadap Lans Koperal Mohammad Faizatulakma Shamsuddin, 27, atas tiga kesalahan meminta, bersetuju terima dan memperoleh suapan.
08/11/2011
7 anggota polis ditahan kes pemerasan semasa Sekatan Jalanraya
| Gambar hiasan |
JOHOR BAHARU - Tujuh anggota polis ditahan selepas disyaki terlibat dalam satu kes pemerasan di sini dua hari lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kesemua mereka ditahan pada 3 pagi di kawasan Plentong di sini oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Utara yang diketuai Asisten Supritendan Tan Yang Siong selepas bertindak dari satu aduan.
20/10/2011
CONTOHI SINGAPURA BAGI MEMERANGI RASUAH
Polis wanita dijel 6 bulan kerana terima rasuah daripada rakan
SEORANG pegawai polis wanita dijatuhi hukuman penjara enam bulan semalam kerana menerima rasuah sebanyak $50 daripada seorang rakan sekerja yang meminta agar dia tidak melaporkan kesalahan mencuri yang dilakukannya.
31/05/2011
Hotel Penaga Yang Mendapat 'Keistimewaan' Kerajaan DAP Yang 'CAT'!
![]() |
| Laporan Kepada SPRM Yang DIbuat |
Parti Cinta Malaysia (PCM) Isnin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap sebuah pengusaha hotel di Jalan Hutton, di sini.
Ketua Pemuda Pusat PCM Liew Yeow Hooi berkata beberapa aduan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak bulan Disembar lalu namun sehingga sekarang masih tiada sebarang tindakan diambil.
"Kami berharap SPRM menjalankan siasatan terhadap beberapa Ahli Majlis MPPP yang berkaitan dan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan semua maklumat yang dikumpul berkaitan pihak pengusaha hotel berkenaan untuk diteliti oleh SPRM.
Ketua Pemuda Pusat PCM Liew Yeow Hooi berkata beberapa aduan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sejak bulan Disembar lalu namun sehingga sekarang masih tiada sebarang tindakan diambil.
"Kami berharap SPRM menjalankan siasatan terhadap beberapa Ahli Majlis MPPP yang berkaitan dan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Beliau berkata pihaknya telah menyerahkan semua maklumat yang dikumpul berkaitan pihak pengusaha hotel berkenaan untuk diteliti oleh SPRM.
03/05/2011
HANGAT - Video Skandal Nizar Bekas Menteri Besar Perak Pula Tersebar
Nizar bekas MB Perak ni sebenarnya Bingai. Biasalah pemimpin Pakatan pembangkang ni bukan tahu buat kerja untuk rakyat pun. Depa ni hanya tahu SPIN dan FITNAH terhadap kerajaan sahaja. Cer tanya Nizar selama dia dok jadi MB Perak apa dia dok buat?
Apa pun Tahniah kepada Pengarah SPRM Dato Seri Abu Kassim ni, aku paling suka bila dia kata
" Contoh Yb Nizar Tiba tiba baru dua tahun dah buat rumah Juta Juta di Perak"
Ha ha ha Aku suka Part ni sebab part ni sebenarnya memang Benar, Nizar Lambai tak sampai dua tahun dah boleh buat rumah Jutaan ringgit. Emmm duit dari mana? Dari Kerajaan Langit Ayah Pin ke? He he he
Post By PAPA GOMO
24/04/2011
Jenayah Rasuah Dan Ketirisan Gugat Prestasi Ekonomi Negara - Najib
PEKAN, 23 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jenayah rasuah dan masalah ketirisan bukan sahaja akan menjejaskan pendapatan kerajaan tetapi juga akan turut memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara secara keseluruhannya.
Perdana Menteri berkata kerajaan terpaksa melakukan tindakan drastik untuk membendung jenayah rasuah dan masalah ketirisan bagi memastikan ia tidak menjejaskan hasil dan pendapatan negara.
Beliau berharap rakyat memahami bahawa sebarang tindakan yang diambil kerajaan seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini berhubung tangkapan berkaitan rasuah adalah bertujuan untuk menangani ketirisan yang berlaku.
Langgan:
Catatan (Atom)



