Translate

10/01/2014

Dua Pegawai Kanan Wisma Putra Ditahan SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua pegawai kanan Kementerian Luar bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu penggunaan kenderaan dan urusan logistik semasa Sidang Kemuncak APEC 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat.

Nilai tuntutan dianggarkan AS$126,000 (RM378,000.00).

Dua pegawai berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.30 petang hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kesalahan dilakukan oleh kedua-dua mereka ketika bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington.

Penahanan mereka disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya Datuk Mustafar Ali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...