Translate

10/01/2014

Bekas Pengerusi dan Ahli PERKIM Didenda RM20,000 dan 6 Bulan Penjara Kerana Menipu RM3.612 Juta Sebagai Pemegang Amanah PERKIM

perkim_didenda_sprm.jpg

SHAH ALAM -Naib Yang Dipertua 2,Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi, 77 tahun dan dua bekas ahli PERKIM; Datuk Baharin bin Baba, 61 tahun dan Abas bin Adam, 63 tahun disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 418 Kanun Keseksaan akibat perbuatan mereka menipu sebagai Pemegang Amanah kepada Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 1) berjumlah RM3.612 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Khas(Rasuah) 5, Tuan M.Bakri bin Abdul Majid menjatuhkan hukuman tersebut  setelah ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan pilihan Seksyen 418 Kanun Keseksaan pada Jumaat

Ariffin, Baharin dan Abas telah menipu ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, (PERKIM) Damansara Utama,  dengan meninggalkan untuk memaklumkan bahawa mereka telah menerima wang pendahuluan seperti yang terkandung di dalam  Lampiran A, daripada Syarikat Rira Bina Sdn. Bhd., pihak Usahasama bagi Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015.

Sebaliknya, ketiga-tiga mereka sebagai Pemegang Amanah tidak menggunakan wang pendahulan tersebut untuk tujuan sedemikian dengan mengetahui bahawa dengan jalan yang demikian itu, menyebabkan kehilangan salah kepada dana Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Damansara Utama untuk Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 11).

Ketiga-tiganya didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perkim Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini antara 1 April 2002 dan 22 April 2004.

Sekyen 418 Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman denda RM20,000 dan sekiranya gagal boleh dikenakan hukuman pemenjaraan sehingga 6 bulan.

Mereka memilih membayar denda RM20,000 setiap seorang hari ini.

Tertuduh diwakili tetuan Akberdin, Rafie dan Azhan bagi pihak pembelaan manakala Tuan Anthony Kevin Morais menjalankan pendakwaan bagi pihak SPRM.

Sumber:portalSPRM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...