Translate

Memaparkan catatan dengan label KDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KDRM. Papar semua catatan

27/02/2015

MARUAH JABATAN TERGADAI DENGAN TELEFON BIMBIT !!

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan seramai lima pegawai kastam kelmarin selepas disyaki menerima suapan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kes penyeludupan kenderaan mewah.
Kelima-limanya yang berusia antara 27 hingga 39 tahun dan bertugas di pejabat jabatan kastam Negeri Sembilan itu diberkas di pejabat mereka pada pukul 5.30 petang kelmarin.
Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati kelima-lima mereka disyaki menerima telefon bimbit sebagai suapan untuk melepaskan pengadu atas kesalahan memiliki kenderaan mewah yang diseludup dari negara jiran.

13/10/2014

MINAH KASTAM TERLAMPAU ???


Malu barangkali kerana beberapa kes melibatkan pegawai-pegawai tinggi Kastam yang ditangkap kerana rasuah dan penyelewengan kuasa, ada kakitangan Kastam yang berasakan, tindakan-tindakan tersebut hanya merupakan publisiti kepada PDRM memandangkan pada fahamannya, rasuah lebih banyak dilakukan oleh polis berbanding kastam.



12/08/2011

KERETA CURI TERLEPAS KELUAR DARIPADA PELABUHAN KLANG ???

 AZIS  (dua dari kanan) melihat kenderaan  yang berjaya dirampas di Ibu Pejabat Kastam Negeri Selangor.

HAIRAN....PELIK DAN AJAIB.... BAGAIMANA KERETA DIDALAM KONTENA KELUAR DARIPADA PELABUHAN DISANGKA BAHAGIAN PERABOT KAYU ????? ADAKAN MESIN PENGIMBASAN TELAH ROSAK ATAU 'OUT-OF DATE' ATAU ......???????

PIHAK SPRM PERLU MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DIDALAM PERKARA INI BAGI MENENTUKAN KESILAPAN ATAU TERLEPAS PANDANG ATAU SEBALIKNYA DIHAPUSKAN....

SYABAS PIHAK PDRM TELAH BERJAYA MEMBONGKAR SINDIKIT CURI KERETA YANG BESAR BERNILAI JUTAAN RINGGIT.

13/04/2011

Ada Maklumat Baru Bantu Siasatan Kematian Penolong Pengarah Kastam - Peguam

IPOH, 12 April (Bernama) -- Polis telah diberikan beberapa maklumat yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian penolong pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lepas.

"...terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri," kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed.

08/04/2011

Dua pegawai SPRM ditahan tugas

KUALA LUMPUR – Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur ditahan tugas ekoran kematian seorang pegawai Kastam berpangkat Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat itu di sini kelmarin.
Tindakan terhadap kedua-dua pegawai termasuk seorang pegawai pengiring Ahmad Sarbani itu dibuat bagi tujuan siasatan selepas mereka disyaki melakukan pelanggaran ingkar perintah berhubung pengendalian saksi di pejabat SPRM.

03/04/2011

62 Pegawai Kastam Ditahan Setakat Ini - SPRM


PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...