Translate

12/08/2011

KERETA CURI TERLEPAS KELUAR DARIPADA PELABUHAN KLANG ???

 AZIS  (dua dari kanan) melihat kenderaan  yang berjaya dirampas di Ibu Pejabat Kastam Negeri Selangor.

HAIRAN....PELIK DAN AJAIB.... BAGAIMANA KERETA DIDALAM KONTENA KELUAR DARIPADA PELABUHAN DISANGKA BAHAGIAN PERABOT KAYU ????? ADAKAN MESIN PENGIMBASAN TELAH ROSAK ATAU 'OUT-OF DATE' ATAU ......???????

PIHAK SPRM PERLU MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DIDALAM PERKARA INI BAGI MENENTUKAN KESILAPAN ATAU TERLEPAS PANDANG ATAU SEBALIKNYA DIHAPUSKAN....

SYABAS PIHAK PDRM TELAH BERJAYA MEMBONGKAR SINDIKIT CURI KERETA YANG BESAR BERNILAI JUTAAN RINGGIT.

BUTIRAN LANJUT - PELABUHAN KLANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor pada Khamis lalu menemui semula 25 kenderaan yang disyaki dicuri bernilai RM2 juta selepas kapal yang membawanya diarah berpatah balik ke Malaysia, sebaik tiba di Pelabuhan Haifa, Israel.

Kenderaan itu dibawa balik dengan kerjasama polis dan syarikat perkapalan selepas Bahagian Penguat kuasa KDRM mengesan lima kontena dipercayai berisi kenderaan curi berdasarkan pemantauan pada 4 Julai lalu.


Semakan melalui sistem mendapati kesemua kontena itu cuba dieksport ke Cyprus dengan membuat ikrar palsu iaitu sebagai perabot dalam borang Kastam No 2. 


Pengarah KDRM Selangor, Datuk Azis Yacub, berkata berikutan itu, KDRM menahan seorang lelaki berumur 35 tahun bagi membantu siasatan dan masih memburu dua lagi suspek yang masih bebas. 

Katanya, ia susulan kejayaan polis menumpaskan satu sindiket mencuri 98 kereta mewah bernilai RM8 juta di sebuah gudang di Kampung Black Water, Jalan Klang-Banting, pada 30 Jun lalu. 

“Siasatan awal mendapati syarikat itu merancang mengeksport 10 kontena tetapi sempat mengeksport lima kontena saja. Kedudukan kereta dalam kontena itu didapati tergantung antara satu sama lain tanpa tayar dan diikat rapi,” katanya pada sidang media di sini, semalam. 
Lelaki yang ditahan itu kini disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 (semakan 1980) dan boleh didenda tidak lebih RM500,000, penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata hasil pemeriksaan polis mendapati setiap kontena mengandungi lima kereta model Honda City. 

Katanya, siasatan awal mendapati kereta curi itu akan dihantar ke Hong Kong, Thailand, Dubai dan Cyprus dengan penghantaran terakhir 25 kereta Honda City ke Cyprus melalui Israel dilakukan pada 24 Jun lalu. 

“Semakan ke atas 25 kenderaan terbabit mendapati kesemuanya dilaporkan dicuri di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, Jun lalu. Dengan kenjayaan ini, kami berjaya menyelesaikan 123 kes kenderaan yang dilaporkan hilang,” katanya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...