Wow memang hebat DS Hadi mengarang buku ' Konsep Asas Negara Berkebajikan'. Tapi hanya mengarang saja, untuk melaksanakannya rasanya jauh sekali. Diulangkan sekali lagi, tak perlulah dilihat pada keseluruhan negara, ditepi kain sendiri sudah mencukupi bagi menentukan tahap kecekapan, keberkesanan dari segi perlaksanaan yang telah diamanahkan kepada DS Hadi oleh penduduk tempatan dikawasan Parlimen Marang sejak 7 penggal memerintah.
Bandar Marang contohnya diumpamakan sebagai 'Bandar Mati' tiada sebarang pembangunan yang diujudkan oleh DS Hadi, kalau yang ada tu pun hanyalah belas ikhsan daripada Kerajaan Negeri BN, untuk melihat warga Marang berada didalam suasana yang selesa.
Perjalanan daripada Kuala Terengganu ke Kemaman apabila setibanya dikawasan Marang, sungguh menyedihkan.. masih banyak lagi bangunan-bangunan usang dikiri kanan jalan yang dianggap pemerintahan yang gah oleh pembangkang terutamanya PAS.
Bangunan Mahkamah Majisteret Marang telah ujud sejak 70 tahun yang lampau, tanpa sebarang pembaharuan dibuat bagaikan rumah setinggan yang diubahsuai sehingga ke hari ini. Keselesaan semasa perbicaraan sungguh membosankan, itu lah yang menyebabkan hari perbicaraan di Mahkamah tersebut hanya ditetapkan sehari pada setiap minggu.
Bersambung di episod akan datang.....