Translate

Memaparkan catatan dengan label Kereta Mewah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kereta Mewah. Papar semua catatan

14/07/2015

Benarkah Anak Tun M Miliki 18 Kereta Mewah Bernilai RM36 Juta?

MENGEJUTKAN! Anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir dikatakan memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh masa yang singkat hingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.
Dakwaan tersebut dibuat oleh Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah. Katanya, Mokhzani memiliki 18 buah kereta mewah pelbagai jenama.
Lantas itu, ujar Azwanddin, Tun M harus tampil membuat penjelasan tentang sumber kewangan yang dipunyai anaknya berikutan ia dilihat bukanlah kemampuan sebenar mereka.

27/02/2015

MARUAH JABATAN TERGADAI DENGAN TELEFON BIMBIT !!

SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan seramai lima pegawai kastam kelmarin selepas disyaki menerima suapan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kes penyeludupan kenderaan mewah.
Kelima-limanya yang berusia antara 27 hingga 39 tahun dan bertugas di pejabat jabatan kastam Negeri Sembilan itu diberkas di pejabat mereka pada pukul 5.30 petang kelmarin.
Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati kelima-lima mereka disyaki menerima telefon bimbit sebagai suapan untuk melepaskan pengadu atas kesalahan memiliki kenderaan mewah yang diseludup dari negara jiran.

23/11/2012

Penjual Ubat + Ahli Parlimen PKR = Makcik Kayo!!!

zuraidah_mewah
ZURAIDAH Kamarudin @ MAK LAMPIR sudah membuktikan kebenaran di sebalik teori ini.  Dari hanya memiliki sebuah kereta biasa (MyVi), Zuraidah sekarang punya 4 kereta mewah, semuanya kerana menggunakan formula yang penulis sebutkan di atas.

Hebat tak hebat.  Tak payah susah-susah cari downline pun tau.

Lebih hebat lagi bila Zuraidah selamba beruk mengiyakan perkara tersebut dengan mendakwa pembelian itu tidak melanggar apa-apa peraturan, macam tidak ada apa salah.

Adakah sesiapa yang dakwa Zuraidah melanggar peraturan?  Tidak, kita tak sebut pun Zuraida melanggar peraturan, cuma kita nak rakyat fikir sendiri sajalah, macam mana penjual ubat yang hanya ada sebuah kereta biasa sebelum jadi ahli Parlimen, tiba-tiba mampu beli kereta mewah berbiji-biji selepas jadi ahli parlimen.

Dari parti PKR pulak tu, parti yang kononnya marhaen, down to earth, demi rakyat, untuk rakyat dan apa kejadah rakyat, rakyat yang lain.

Dakwa Zuraidah seperti dipetik sebuah portal berita pembangkang, sebelum jadi ahli Parlimen pun dia dah ada beberapa kereta.  Ye ke?  Bagaimana maklumat yang didedahkan sebelum ini yang menunjukkan kesemua kereta itu diperolehi selepas Zuraidah jadi ahli Parlimen pada 2008?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...