MENGEJUTKAN! Anak mantan Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir dikatakan
memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh masa yang singkat hingga mampu
memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.
Dakwaan
tersebut dibuat oleh Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM),
Azwanddin Hamzah. Katanya, Mokhzani memiliki 18 buah kereta mewah pelbagai
jenama.
Lantas itu, ujar Azwanddin, Tun M
harus tampil membuat penjelasan tentang sumber kewangan yang dipunyai
anaknya berikutan ia dilihat bukanlah kemampuan sebenar mereka.
Memetik
kenyataannya dalam laporan Free
Malaysia Today, “Dr
Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani
juga perlu tampil menjelaskan segera.”
Tambah
Azwanddin, pendedahan yang dibuatnya hari ini hanya melibatkan nilai kereta
sahaja, tidak termasuk nilai hartanah dan sebagainya.
“Saya belum
dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz.”
Susulan
pendedahan tersebut, Azwanddin turut mencabar Mokhzani mahupun Tun M
menyamannya jika mereka menganggap dia melakukan fitnah.
“Jika
pendedahan ini tidak benar saya silakan untuk saman saya secara terbuka dan
saya yakin beliau tidak berani saman saya sebab saya ada bukti jelas.” – MYNEWSHUB.CC