Translate

14/07/2015

BUKAN SAJA MAK JANDA TAPI PALANIVEL PUN MEROYAN ??

Mahkamah Tolak Rayuan Palanivel, Arahan RoS Kekal

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) -- Bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain gagal pada Isnin untuk mengetepikan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Palanivel, Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan serta bekas Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao.

Dengan keputusan itu, arahan RoS dikekalkan.


Hakim Datuk Aziah Ali, yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan RoS tidak bertindak di luar kuasanya apabila mengeluarkan arahan supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.

Keempat-empat mereka merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Jun, yang menolak permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan arahan RoS.

Pada 5 Dis, RoS secara rasmi memaklumkan kepada MIC bahawa pemilihan jawatan naib presiden dan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) serta beberapa pemilihan bahagian adalah batal dan tidak sah kerana wujud penyelewengan dan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula bagi kerusi berkenaan dalam tempoh 90 hari.

"Ini adalah keputusan sebulat suara kami, responden pertama (RoS) tidak bertindak di luar bidang kuasanya mengikut Seksyen 16 akta itu dengan mengeluarkan arahan mengikut Seksyen 3A memandangkan adalah sangat jelas bahawa Seksyen 3A merupakan peruntukan yang membenarkan kuasa tambahan bagi RoS untuk melaksanakan kewajipan statutorinya (dalam mengeluarkan arahan)," katanya.

Hakim Aziah memerintahkan keempat-empat mereka supaya membayar kos perundangan RM30,000 kepada RoS dan Menteri Dalam Negeri masing-masing selaku responden pertama dan kedua; RM30,000 kepada senator Datuk S. Vigneswaran, dan RM30,000 kepada Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, yang merupakan pencelah dalam kes itu.

Dua lagi anggota dalam panel berkenaan ialah Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid dan Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat.

Anggota panel membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada peguam Ragunath Kesavan dan Datuk N.Sivananthan, mewakili keempat-empat mereka, dan peguam kanan pesekutuan Amarjeet Singh bagi pihak RoS, serta Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Saravanan. 

Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...