Translate

Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MIC. Papar semua catatan

14/07/2015

BUKAN SAJA MAK JANDA TAPI PALANIVEL PUN MEROYAN ??

Mahkamah Tolak Rayuan Palanivel, Arahan RoS Kekal

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) -- Bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain gagal pada Isnin untuk mengetepikan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Palanivel, Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan serta bekas Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao.

Dengan keputusan itu, arahan RoS dikekalkan.

28/06/2015

BIARKAN LAH DIA (PALANIVEL) NAK MASUK MANA2 PARTI PUN !!!

BERADA DALAM BN PUN BUAT HURU-HARA PARTI MIC.

JOHOR BAHARU, 27 Jun (Bernama) -- Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyangkal dakwaan baru-baru ini bahawa bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dikatakan mahu menyertai parti DAP.

"Saya tidak percaya dengan cerita kalau kecewa, nak masuk DAP lah, masuk PKR lah, PAS dan sebagainya, semua itu tidak betul. Itu semua saya ingat warna-warni dalam pergolakan politik," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Kacau Dodol Perdana, di sini Jumaat petang.

23/06/2015

PALANIVEL PATUT DISINGKIRKAN SEGERA ???


TIDAK MENGAKU KESILAPAN SENDIRI DAN MENYALAHKAN ORANG LAIN.

KUALA LUMPUR 21 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegur Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel kerana memutarbelitkan fakta dan mengheret orang lain ke dalam krisis parti itu.

Najib berkata, beliau akan memanggil Palanivel bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya pada perjumpaan khas MIC dengan pengerusi cawangan parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

“Saya akan panggil Palanivel untuk memberi penjelasan berhubung komen beliau di PWTC seperti yang dilaporkan.

23/03/2015

THAMBI PALANIVEL BUAT HAL LAGI ?


BUTTERWORTH, 22 Mac: MIC hari ini membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel berkata rang undang-undang hudud itu disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, parti itu sealiran dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA dan Gerakan yang tegas menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

“Kita menentang, tidak boleh sokong (hukum hudud). Saya akan keluarkan kenyataan tentang hukum hudud ini selepas persidangan Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin dan anggota MIC Pulau Pinang di sini.

Sumber: Klik sini

06/03/2015

TUNJUK POWER MAKAN DIRI SENDIRI, PADAN MUKA !

Pemilihan CWC MIC diteruskan dan Palanivel bukan anggota MIC lagi – Subramanian


KUALA LUMPUR, 5 Mac: Pemilihan semula kepimpinan MIC tetap diadakan, bagi menyelesaikan kemelut yang melanda parti komponen Barisan Nasional itu.

Presiden Datuk Seri G. Palanivel bukan lagi anggota parti itu, pada saat beliau bertindak membawa masalah parti ke mahkamah.

Subramaniam berkata ia berdasarkan perlembagaan parti di bawah Perkara 91 dan 15.6 yang melarang mana-mana anggota parti daripada memfailkan tindakan undang-undang tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).

27/09/2014

KEPIMPINAN UMNO/BN AKAN KECUNDANG MENJELANG 2018 ???

ROSMAH MANSUR adalah PUNCA segala-galanya ??

Sayap Pemuda UMNO/BN perlu memainkan peranan yang lebih efektif dan berkesan untuk menangani masalah sokongan remaja kepada kerajaan sebelum menjelangnya PRU ke 14 akan datang.

Pemuda MCA dan MIC kita tidak hairan, kerana mereka ini akan beralih angin, jika Pakatan Rakyat atau DAP yang akan memerintah negara.

Apa yang dapat dilihat dewasa kini, SAYAP PEMUDA UMNO terutama Ketua Pemuda di bahagian-bahagian hanya menunggu arahan saja, berpeluk tubuh, menagih projek dan sebagainya ????

Kalau salah apa yang diperkatakan tolong perbetulkan....... tapi .....  ( KLIK SINI )

07/01/2013

Perayaan Ponggol dan Thaipusam tiada dalam kalendar 'Visit Penang'...

Kenapa dua perayaan utama masyarakat India di Malaysia sambutan Ponggal dan Thaipusam tidak dimasukkan dalam kalendar peristiwa penting kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP?

Itu tanda tanya yang dibangkitkan oleh Pemuda MIC negeri itu selepas menyedari tiada dua sambutan penting itu dalam kalender 'visit Penang'.

Ponggal, atau perayaan menuai, disambut pada 15 Jan, manakala Thaipusam disambut secara besar-besaran oleh penganut Hindu pada 27 Jan.

10/08/2012

BN LEBIH RAMAI ISLAM DARIPADA PAKATAN HARAM ???

RAJAH GAMBAR di atas di ambil dari laman sesawang rasmi SPR. Perhatikan betul-betul. Dalam 32 parti politik di atas, hanya UMNO, PBB, BERJASA, KIMMA yang mewakili suara majoriti orang ISLAM di negara ini. Kesemuanya berada di dalam BARISAN NASIONAL. Walaupun KIMMA dan BERJASA bukan parti komponen tetapi mereka menyokong BARISAN NASIONAL. Kena ingatlah suara majoriti orang Islam yang diwakili oleh UMNO PBB KIMMA dan BERJASA nie jika dibandingkan dengan suara orang ISLAM di dalam PAKATAN BAHLOL yang ada cuma PAS sahaja, adakah logik untuk kita mengundi PAS dan PAKATAN BAHLOL?

08/08/2012

Haram, berdosa undi DAP

KOTA BHARU 7 Ogos - Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

"Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

23/03/2012

Lim Guan Eng Mahu UMNO Dimusnahkan????

 
Mengapa DAP, khususnya para pemimpin kanannya sangat galak melaungkan slogan "Hapuskan UMNO" atau "Musnahkan UMNO"? Mengapa tidak sahaja disebut hancurkan sahaja BN, atau hapuskan sahaja MCA, MIC atau GERAKAN? Mengapa mesti "penghapusan" harus dirujuk kepada UMNO semata-mata? Dan mengapa mesti dilancarkan gerakan "Asalkan Bukan UMNO" sebagai agenda utama perjuangan demokrasi Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini? Kenyataan terbaru Lim Guan Eng yang mahu UMNO "dimusnahkan" perlu diperhati melalui mata hati dan kejujuran- kita harus faham, bukan UMNO yang hendak dihapuskan oleh mereka, sebaliknya yang hendak dihapuskan itu ialah segala sistem, pelindungan dan hak-hak yang selama ini melindungi Islam, Melayu dan Raja Melayu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...