Pemilihan CWC MIC diteruskan dan Palanivel
bukan anggota MIC lagi – Subramanian
KUALA LUMPUR, 5
Mac: Pemilihan semula kepimpinan MIC tetap diadakan, bagi menyelesaikan kemelut
yang melanda parti komponen Barisan Nasional itu.
Presiden Datuk
Seri G. Palanivel bukan lagi anggota parti itu, pada saat beliau bertindak
membawa masalah parti ke mahkamah.
Subramaniam
berkata ia berdasarkan perlembagaan parti di bawah Perkara 91 dan 15.6 yang
melarang mana-mana anggota parti daripada memfailkan tindakan undang-undang
tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).
“Mana-mana
anggota parti yang berbuat demikian akan dilucutkan keahlian serta-merta,”
katanya.
Timbalan
Presidennya, Datuk Seri Dr. S Subramaniam berkata, tindakan itu selaras arahan
Pendaftar Pertubuhan (ROS), sejak Disember 2014 dan saranan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat krisis MIC berakhir pada Jun ini.
“Ini adalah
perjuangan politik yang paling buruk, bermula selepas pemilihan Jawatankuasa
Kerja Pusat (CWC) 2013 yang semakin rumit dari hari ke hari.
“Amat malang
sekali, disebabkan beberapa individu tidak berpuas hati dengan prosedur
pemilihan, sekaligus telah mengheret isu ini hingga ke mahkamah,” katanya dalam
perjumpaan bersama media di sebuah hotel, hari ini.
Menurutnya,
tindakan seorang pemimpin MIC mengemukakan permohonan kebenaran semakan
kehakiman terhadap Ketua Pengarah ROS sebelum ini, tidak akan menjejaskan perjalanan
pemilihan semula itu.
“Proses itu
(semakan kehakiman) mungkin akan berpanjangan…mungkin akan sampai ke Mahkamah
Persekutuan. Kita akan teruskan pemilihan, biarpun proses mahkamah ini sedang
berjalan,” katanya.