ROSMAH MANSUR adalah PUNCA segala-galanya ??
Sayap Pemuda UMNO/BN perlu memainkan peranan yang lebih efektif
dan berkesan untuk menangani masalah sokongan remaja kepada kerajaan sebelum menjelangnya PRU ke 14 akan datang.
Pemuda MCA dan MIC kita tidak hairan, kerana mereka ini akan beralih angin, jika Pakatan Rakyat atau DAP yang akan memerintah negara.
Apa yang dapat dilihat dewasa kini, SAYAP PEMUDA UMNO terutama Ketua
Pemuda di bahagian-bahagian hanya menunggu arahan saja, berpeluk tubuh, menagih
projek dan sebagainya ????
Kalau salah apa yang diperkatakan tolong perbetulkan....... tapi
..... ( KLIK SINI )
Wartawan veteran Datuk A
Kadir Jasin mendedahkan hari ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata tidak semua anak muda menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, mereka menentang pimpinan atasan Umno, BN dan
kerajaan, kata bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu dalam blognya.
Katanya, perkara itu dinyatakan sendiri oleh Dr Mahathir selepas
pertemuan pada 19 September baru-baru ini dengan dua blogger, salah seorangnya
bekas menteri.
"Beliau berkata bukan semua anak muda Melayu menentang Umno
dan bukan semua anak muda bukan Melayu menentang BN.
"Mereka menentang kepimpinan atasan Umno, BN dan kerajaan.
Malah mereka juga membangkitkan isu isteri pimpinan atasan," kata Kadir
yang menulis mengenai hasil perbincangan di dalam pertemuan tersebut.