Jumaat, 26 September 2014

KEPIMPINAN AZMIN LAGI BURUK DARIPADA TS KHALID ???


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan mengubah banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan negeri itu apabila beliau dijangka terus dikawal oleh pemimpin tertentu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Azmin akan masih dikawal walaupun tidak sama seperti yang berlaku kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

'Remote control'(Klik) berubah sedikit sebanyak, mungkin tidak sama seperti yang berlaku kepada Wan Azizah, tetapi beliau (Azmin) akan masih dikawal.

"Jadi, saya harap Azmin akan menjadi diri beliau sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dalam Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2014 di sini hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, adalah lebih baik jika ada pemimpin lain dalam PKR yang mampu menggantikan tempat Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, hal demikian kerana Anwar telah membawa banyak masalah kepada pelbagai pihak sejak beliau menyertai UMNO lagi.

"Bagus jika ada sesiapa yang dapat mengganti Anwar. Anwar sertai UMNO, berlaku masalah. Masuk pakatan pembangkang turut berlaku masalah. Ke mana-mana beliau pergi akan berlaku masalah.

"Jadi, jika ada orang yang boleh ganti tempat Anwar, itu merupakan perkara yang baik," jelasnya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...