Khamis, 25 September 2014

MAK LAMPIR SONGEL...KADOK NAIK JUNJUNG - MARUAH PAS PERLU DIJAGA ???


MAK LAMPIR CUBA MEMALUKAN SEMUA AHLI-AHLI PAS, DIMANA PRESIDENNYA SENDIRI DICABAR BEGITU RUPA !!!

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar memohon maaf kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas penghinaan yang dilemparkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.
Zuraida berkata, permohonan maaf Hadi penting agar Pakatan Rakyat (PR) dapat terus bergerak ke depan.
"Kami berharap agar Hadi memohon maaf terhadap semua tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap presiden parti kita," kata ahli Parlimen Ampang itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami tetap dengan pendirian wanita juga layak memegang jawatan menteri besar (Klik),” katanya.
Hadi sebelum ini pernah berkata, PAS menolak pencalonan Dr Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi disebabkan kebolehan beliau untuk memimpin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...