Translate

Memaparkan catatan dengan label Isu MB Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu MB Selangor. Papar semua catatan

25/09/2014

MAK LAMPIR SONGEL...KADOK NAIK JUNJUNG - MARUAH PAS PERLU DIJAGA ???


MAK LAMPIR CUBA MEMALUKAN SEMUA AHLI-AHLI PAS, DIMANA PRESIDENNYA SENDIRI DICABAR BEGITU RUPA !!!

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar memohon maaf kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas penghinaan yang dilemparkan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu.
Zuraida berkata, permohonan maaf Hadi penting agar Pakatan Rakyat (PR) dapat terus bergerak ke depan.
"Kami berharap agar Hadi memohon maaf terhadap semua tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap presiden parti kita," kata ahli Parlimen Ampang itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami tetap dengan pendirian wanita juga layak memegang jawatan menteri besar (Klik),” katanya.
Hadi sebelum ini pernah berkata, PAS menolak pencalonan Dr Wan Azizah bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi disebabkan kebolehan beliau untuk memimpin.

22/09/2014

UMNO BUKAN PARTI ORANG ISLAM ???


“Islam agama tauhid”. Tauhid bermakna bersatu dan semasa Rasulullah saw hidup penyatuan dibuat dengan pelbagai bangsa dan agama yang kita panggil tahaluf siyasi. (KLIK)

Perkara paling penting sebagai seorang beragama Islam kerana agama menyuruh supaya berpakat.

Sah Syeikh Abdul Hadi Awang menolak UMNO kerana orang UMNO bukan menganut AGAMA ISLAM ?

Ini kata-kata seorang ULAMA dan juga AHLI MAJLIS ULAMA SEDUNIA ??? Wow..

Mendiang KARPAL SINGH menyuruh Ustaz Nuar bertaubat.  Tapi sekarang giliran Syeikh Abdul Hadi Awang pula perlu BERTAUBAT SEBELUM DIPANGGIL olehNYA mengadap.

ZAINON: (Klik) Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. 

Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir.

Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

bersambung...

21/09/2014

ADAKAH INI KELAYAKAN AZMIN UNTUK MENJADI MB SELANGOR ???


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali diyakini tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Penganalisis politik, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, pelbagai kesan buruk akan berlaku sekiranya Azmin dipilih memegang jawatan itu kerana beliau juga akanmenjadi boneka (Klik) sama seperti Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Azmin adalah bayangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak nampak beliau mampu membawa Selangor sekiranya dilantik memegang jawatan itu.

"Kes seumpama ini pernah terjadi ketika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak apabila dia banyak mengikut arahan DAP. Kita tidak nampak pakatan pembangkang benar-benar berjuang untuk rakyat tetapi lebih untuk mendambakan kuasa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

20/09/2014

BUKAN KERANA WANITA, TAPI PERANGAI SUAMI MACAM SYAITAN PUNCA PAS TOLAK ?

MUNGKIN ramai tidak tahu, di kawasan rumah Nik Aziz di Pulau Melaka, Kelantan, kaum wanita tidak dibenarkan menjadi pelayan restoran (Klik). Hanya dikawasan ini sahaja, di kawasan luar dari Pulau Melaka, tak mengapa. Penulis sebelum ini pun tak tahu walaupun dah lawan Nik Aziz hampir 15 tahun!!
Walaupun hakikatnya wanitalah kaum yang paling ramai bekerja berbanding lelaki di Kelantan seperti dilihat di pasar Siti Khadijah, tapi di kawasan rumah Nik Aziz, jadi pelayan restoran tak boleh, baru pelayan restoran sahaja pun.

19/09/2014

ANWAR DIKEJARKAN KE HOSPITAL SAKIT JANTUNG ?


SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan bukan ADUN Selangor yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu pada Selasa ini.

Ini berdasarkan sumber istana yang dihubungi, berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memilih ADUN wanita bagi menjadi Menteri Besar yang baharu, yang akan mengangkat sumpah jawatan pada 23 September ini.

14/09/2014

AKSI LUCAH JIJAH KIPAS MEMPERSENDAKAN PIHAK ISTANA ?


JIJAH KIPAS begitu suka dengan aksi lucahnya (lihat gambar) cuba mempersenda-sendakan pihak Istana.

Yang terbaiknya bagi menyelesaikan kemelut yang sudah berlarutan serta memualkan, PEMBUBARAN DUN adalah jawapannya untuk mengatasi segala-galanya. ( KLIK )

Biarlah rakyat Selangor yang membuat keputusan sendiri.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan mendedahkan kandungan surat kedua yang dihantar parti itu kepada Istana Selangor pada Selasa lepas.
Beliau juga enggan menyebut sama ada nama calon lain disertakan dalam surat itu bagi jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu.
"Kita tunggu dahulu, hari ini separuh hari kan. Kita tunggu respons istana.
"Hari ini saya jumpa (ahli PKR Kuala Selangor) selepas pemilihan parti bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok  Dr Idris Ahmad, bekas exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong, Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin," katanya kepada pemberita di Kuala Selangor, hari ini.

12/09/2014

STRATEGI USTAZ NUAR, HUSAM BERJAYA MENAIKKAN IMEJ PAS ???


Pergolakan dalaman PAS berkaitan krisis jawatan menteri besar Selangor berterusan apabila seorang ketua Pemuda PAS hari ini membidas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang didakwanya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Ithnin mendakwa bahawa umum mengetahui bahawa Husam dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Pusat PAS tidak bersetuju dengan keputusan Hadi untuk meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon menteri besar Selangor
Oleh itu, beliau menggesa Husam agar tidak berkias-kias dalam membangkang keputusan presiden PAS itu.

11/09/2014

ANWAR SALAHKAH NAJIB PUNCA SULTAN SELANGOR MURKA ??


Hai...labu..labu. Terlalu banyak belajar pembohongan dan penipuan daripada DAP ?  orang lain pulak nak disalahkan.

Mengulas kritikan Perdana Menteri (Klik) terhadap PKR dan DAP dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor, beliau berkata Dato’ Seri Najib Razak telah bersama dengan pemimpin Umno sejak 1983 dan 1993 dalam menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

"Kenyataan Dato’ Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan," katanya.

Menurut Anwar, Najib sedia maklum  bahawa dalam sejarah pemerintahan Umno sejak merdeka hingga kini, parti itu dan BN (dahulunya Perikatan) hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

"Selaku Perdana Menteri, Dato Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan Kerajaan BN dan tidak menyerang KEADILAN kerana mematuhi amalan yang sama,"

10/09/2014

Ronnie Liu sifatkan Mat Sabu lebih bijak drp Syeikh Abdul Hadi


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Demi mempertahankan amalan nepotisme Anwar Ibrahim, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berterusan 'menyerang' Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan kenyataan Presiden Pas itu yang bertegas Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Paling biadab apabila bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor dari DAP, Ronnie Liu (gambar), bertindak membandingkan kebijaksanaan Abdul Hadi dengan Mohamad Sabu selain menyifatkan pihak yang menyokong Presiden Pas itu adalah sebahagian daripada elemen tidak masuk akal.

08/09/2014

KURANG AJAR, BIADAP DAN PENGKHIANAT ITULAH JAWAPANNYA ???

PKR GAGAL FAHAMI KUASA SULTAN DALAM PERLEMBAGAAN (Klik)

Sehubungan itu, Najib berkata anggota Umno perlu menerangkan kepada anak-anak mereka tentang keadaan yang akan berlaku, jika Umno khasnya dan Barisan Nasional amnya tidak lagi memegang kuasa.

"Tengok keadaan sekarang, apabila kita tiada kuasa, apa akan jadi kepada insitusi raja-raja, agama Islam apa akan jadi, kedudukan orang Melayu apa akan jadi dan ini semua mesti terang kepada anak-anak kita.

07/09/2014

DAH TAHU NUAR AL-JUBURI KERAS KEPALA... SINGKIRKAN SAJA ???


Perkara yang berlaku ini, semuanya dengan izin Allah S.W.T kepada kita semua. Ingat lah...

Syeikh Abdul Hadi telah sedar segala-galanya, satelah dilantik menyertai MAJLIS ULAMA SEDUNIA.  Semuanya ini jugak dengan izin Allah.

DAP sememangnya suka melihat orang Melayu terutama Islam bercakaran sesama sendiri !!

BOM ATOM AZMIN ALI PULA BILA NAK MELETOP ???

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilabel laman PAS, Tranungkite sebagai ‘arkitek’ penghancur Pakatan Rakyat khususnya berkaitan isu Menteri Besar Selangor (klik).

06/09/2014

LANGKAH KAJANG DITUKAR KE LANGKAH HADI ???


Kandungan dua surat daripada PAS yang menggariskan senarai calon berbeza untuk calon menteri besar Selangor menimbulkan kemarahan dari sebilangan anggota parti Islam itu.

Tindakan mengemukakan surat tersebut, yang digelar sebagai "Langkah Hadi (Klik)", dilihat "mengingkari" keputusan jawatankuasa pusatnya.

Parti tersebut sebelum ini berkali-kali menafikan bahawa ia berhasrat untuk mengemukakan pemimpin PAS ke jawatan tersebut, bagi menghormati hak PKR ke atas jawatan berkenaan.

Namun, satu surat daripada pejabat Hadi itu langsung tidak menamakan sebarang ADUN PKR dalam senarai berkenaan yang seterusnya dihantar ke Istana.

Senarai itu mencalonkan tiga Exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi dihantar secara rahsia pada awal pagi Rabu tanpa pengetahuan jawatankuasa pusat dan PAS Selangor sendiri.

01/09/2014

Senarai Nama MB Selangor Baru diputuskan PAKATAN RAKYAT ???


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah merangka surat jawapan kepada Sultan Selangor berhubung titah supaya lebih banyak nama dikemukakan bagi mengisis jawatan menteri besar.

Tiada penjelasan yang akan diberikan dalam surat itu kepada istana berhubung keputusan PKR yang berkeras untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dilantik ke jawatan itu.

30/08/2014

PKR DAN DAP SEMAKIN BIADAP - BUBAR DUN JALAN TERBAIK


Kemelut jawatan MenteriBesar Selangor (Klik) melangkah ke fasa baharu apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan parti dalam pakatan pembangkang menyediakan lebih daripada dua nama bagi baginda memilih calon terbaik untuk mengisi jawatan eksekutif nombor satu negeri itu.

Keputusan Sultan Selangor itu mencetuskan pelbagai tafsiran dan membawa kepada bacaan politik menarik. Banyak pihak memujinya yang menzahirkan keprihatinan Tuanku untuk melihat Selangor dipimpin Menteri Besar yang benar-benar layak dan berwibawa demi kepentingan rakyat.

Ia juga menjelaskan peranan Sultan tetap diiktiraf dan penting melalui pelaksanaan konsep Demokrasi Beraja. Perlembagaan kita termasuk Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri mengekalkan institusi Raja selain beberapa kuasa budi bicara Raja yang ada kaitan dengan sistem demokrasi.

29/08/2014

DARJAH KEBESARAN NUAR AL-JUBURI DITARIK BALIK ???


Dengan lantang dan kurang ajar serta biadap Anwar menyatakan “Berkenaan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin supaya pemimpin PAS, PKR dan DAP, mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar, Anwar berkata PKR tetap dengan keputusan yang Majlis Presiden putuskan itu.”

"kenapa tidak boleh ditarik balik darjah kebesaran yang diberi oleh Kerajaan kepada beliau. Sebagai bekas banduan dan terlibat dalam pelbagai isu moral, memang Anwar tidak layak lagi menyimpan gelaran serta darjah kebesaran yang dimilikinya - (Klik)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar Selangor yang baharu, adalah muktamad.

28/08/2014

KHALID SAMAD DURI DALAM DAGING BAGI PAS ???


Maklumat dalam parti pasti dibocorkan oleh KHALID terutama kepada PKR demi untuk abang tersayang NUAR BRAHIM ?????

Berundurlah jika tak sokong Pakatan (ungkapan yang penuh bermakna ditujukan kepada pemimpin PAS termasuk Bapak Presiden - Syeikh Abdul Hadi)

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mencabar anggota parti yang tidak setuju dengan pembabitan dengan Pakatan Rakyat agar keluar parti.

Katanya, langkah itu lebih baik berbanding terus membangkitkan masalah dalaman parti memandangkan kerjasama dalam Pakatan sudahpun diputuskan oleh PAS.

27/08/2014

NUAR TERUS MEROYAN, SALAHKAN SYEIKH ABDUL HADI ???

Kerusi MB Semakin Jauh Dari Capaian Wan Azizah.
Nuar terus meroyan.....
KUALA LUMPUR: (Klik) Titah Sultan Selangor yang mahukan Pakatan Rakyat mengemukakan lebih banyak nama calon menteri besar dilihat oleh penganalisis politik seolah-olah kerusi nombor satu di Selangor itu semakin jauh dari capaian Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat perlu membaca perkembangan itu sebagai suatu isyarat tersirat berhubung jawatan yang menghangatkan landskap politik tanah air khususnya di Selangor itu.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan berkata daripada titah itu, PKR perlu meneliti semula pelan asal yang mahu menobatkan Dr Wan Azizah sebagai ketua eksekutif di negeri yang terkaya di negara ini.

Sekiranya PKR enggan berganjak daripada pelan asal mereka, kemungkinan parti itu perlu berhadapan dengan cabaran yang lebih getir iaitu pembubaran Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri. 

24/08/2014

ADUHAI !!! ANWAR UDAH GILA TALAK ???


Tiada calon MB Selangor selain Wan Azizah, kata Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian hanya nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai menteri besar Selangor seperti yang diputuskan Pakatan Rakyat (PR) pada 17 Ogos lalu.

Katanya, dakwaan mengatakan PAS masih mahu calon kedua selain Dr Wan Azizah itu tidak berbangkit dan yakin 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor juga akan menyokong presiden PKR selepas keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR).

22/08/2014

KHALID SAMAD BUKAN ANAK SELANGOR !!!


Khalid bin Abdul Samad lahirkan pada 14 Ogos 1957 di Kota Bharu, Kelantan (Klik) Beliau juga tidak layak menjadi pemimpin untuk Negeri Selangor berlebih-lebih lagi mempertikaikan kuasa Sultan Selangor

Allah S.W.T saja yang mengetahui betapa putar belitnya si KHALID Bengong ni. KLIK

Ini adalah ungkapan yang dikeluarkan oleh Khalid Samad dalam blognya KLIK

"Sekarang tiada lagi yang bertanya pada saya kenapa TSKI perlu ditukar. Sebaliknya mereka berkata, “tidak sangka TSKI sanggup sampai begitu, baru tahu belangnya yang sebenar. Dia tiada perasaan kesetiaan kecuali kepada dirinya sendiri”. Yang mengundinya dalam pemilihan Timbalan Presiden pun telah datang berjumpa dengan menyumpah. Yang mengundinya di Pelabuhan Kelang lebih-lebih lagi"

Semua ungkapan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang bukan anak Selangor tapi untuk menipu rakyat SELANGOR.

21/08/2014

Rakyat sudah muak dengan permasalahan politik di Selangor

Pimpinan PR Diminta Hormati Keputusan PAS
AIDCNews – 20/8/14 – Semua Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diminta menghormati keputusan PAS pusat berhubung dengan isu politik Selangor.
Dalam kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor YB Haji Zaidy Abdul Talib kepada media hari ini, beliau berkata PR tidak boleh memandang serong terhadap keputusan mesyuarat PAS pusat 17 Ogos lalu, kerana ia adalah resoluli toleransi paling tinggi dalam usaha memperkukuhkan hubungan PR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...