Translate

21/09/2014

ADAKAH INI KELAYAKAN AZMIN UNTUK MENJADI MB SELANGOR ???


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali diyakini tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Penganalisis politik, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, pelbagai kesan buruk akan berlaku sekiranya Azmin dipilih memegang jawatan itu kerana beliau juga akanmenjadi boneka (Klik) sama seperti Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Azmin adalah bayangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak nampak beliau mampu membawa Selangor sekiranya dilantik memegang jawatan itu.

"Kes seumpama ini pernah terjadi ketika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak apabila dia banyak mengikut arahan DAP. Kita tidak nampak pakatan pembangkang benar-benar berjuang untuk rakyat tetapi lebih untuk mendambakan kuasa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...