Translate

Memaparkan catatan dengan label Azmin Ali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azmin Ali. Papar semua catatan

27/03/2019

PERTEMPURAN DALAMAN PKR SEMAKIN HEBAT

‘PEPERANGAN’ yang berlaku antara Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali nampaknya menimbulkan pelbagai reaksi daripada ramai pihak.
Terbaharu, Ketua PKR cabang Jelutong, Shahrudin Mohd. Shariff mewakili peringkat akar umbi menzahirkan perasaan kecewa terhadap KENYATAAN KERAS YANG DIKELUARKAN PRESIDEN MEREKA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TERHADAP MOHAMED AZMIN.
Menurut Shahrudin, Anwar tidak sepatutnya ‘menyerang’ Mohamed Azmin secara terbuka seolah-olah memberi andaian Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu ialah seorang yang tidak berprinsip dan berjuang hanya kerana mahukan jawatan.
Bagi Shahrudin, kritikan Anwar terhadap Mohamed Azmin dilakukan dalam keadaan dipengaruhi emosi dan hanya mahu membela kenyataan puteri sulungnya, Nurul Izzah.
Selain itu, Shahrudin turut menegur tindakan puteri sulung Anwar yang mengeluarkan kenyataan bersifat serangan kepada Pakatan Harapan (PH) dan melihat perkara tersebut sebagai tidak sepatutnya berlaku.
“Hal ini memberi gambaran TIADA PERPADUAN MAHUPUN DISIPLIN DALAM KALANGAN KEPEMIMPINAN PH. Kami di peringkat akar umbi PKR mahu Anwar mengambil sikap sebagai pemimpin yang dapat menyatupadukan parti dan bukannya membakar sentimen perpecahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Anwar ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini memaklumkan yang kenyataan Nurul Izzah sengaja diperbesar-besarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura.
RUJUKAN: KLIK DISINI

15/01/2018

AZMIN MEMPERALATKAN MADEY DI PRU 14

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali SENGAJA MENAWARKAN KERUSI PARLIMEN GOMBAK KEPADA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana yakin PENGERUSI PPBM ITU TIDAK MAMPU PEROLEH KEMENANGAN.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak, Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata jika Dr Mahathir tewas pada PRU akan datang, beliau TIDAK LAYAK untuk ditabalkan sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya bentuk kerajaan di Putrajaya.

Bukan sahaja berjaya mengekang Dr Mahathir daripada menjadi perdana menteri, Azmin juga boleh 'lari' ke kawasan lain yang lebih selamat untuk beliau tandingi, kata Megat Zulkarnain.

“Pertamanya, Azmin boleh MEMPERGUNAKAN DR. MAHATHIR dengan mencalonkan beliau di Gombak bagi membolehkannya lari ke kawasan selamat lain.

“Keduanya, jika Dr. Mahathir kalah di Gombak, maka Pengerusi PPPBM itu tidak layak menjadi perdana menteri sekali gus membuka peluang kepada Mohamed Azmin. Beliau ‘bunuh dua burung guna satu batu’,” katanya dipetik Utusan Online.

12/09/2015

Azmin memperbodohkan rakyat negeri Selangor dan ‘hina’ agama Islam

SEBELUM ini PKR menipu rakyat apabila menubuhkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menerusi daftar RM2 sahaja di Suruhanjaya Syarikat Malaysia tanpa melalui enakmen dan kelulusan Dewan Undangan Negeri.
Kali ini kerajaan Selangor didakwa memperbodohkan rakyat negeri itu dan ‘hina’ agama Islam apabila bangga menonjolkan DEIG pernah membayar zakat perniagaan bernilai RM2.5 juta ketika Ramadan pada 12 Julai lalu.
Isu itu didedahkan ADUN BN Sungai Panjang, Budiman Zohdi yang persoalkan bagaimana DEIG boleh sahaja selamba mengagihkan wang zakat termasuk kepada beberapa ranting atau cawangan PKR di Negeri Sembilan.

11/09/2015

AZMIN ALI MENYERTAI PAS ??

Azmin Perlu Pilih PAS
PETALING JAYA: Ahli Parlimen DAP meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan pendirian sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan Pembangkang baru diwujudkan.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata, Azmin perlu membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.
"Azmin perlu pilih untuk bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

31/03/2015

AZMIN ALI UMPAMA ULAR KEPALA DUA ?


SHAH ALAM, 31 Mac: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tetap mendakwa Kerajaan Persekutuan menambah syarat lain untuk mengambil aset dan tanah melalui penstrukturan semula air Kerajaan Negeri Selangor, sekaligus melanggar perjanjian utama penstrukturan semula perkhidmatan air negeri itu yang ditandatangani 12 September tahun lalu.

Azmin tetap mendakwa Kerajaan Persekutuan cuba mengambil alih keseluruhan jajaran 26,000 kilometer aset paip air termasuk tanah ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Sue Lim yang ingin tahu status penstrukturan semula industri air Selangor.

13/11/2014

AZMIN ALI LETAK JAWATAN MB SELANGOR ???


Baru Azmin tahu susah senang jadi MB Selangor

Ada beza bercakap sebagai dari kerusi Menteri Besar dan dari kerusi ADUN PKR biasa sahaja... itu pengajaran yang Mohamed Azmin Ali kena akui sejak dua tiga minggu ini.
Bermula dari kisah rampasan Bible, Lebuhraya Kidex, dan terbaru isu air.
Sekali pandang Azmin macam orang lain sebab sebelum ini beliau bukan main galak kritik bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ketiga-tiga isu ini.
Akhirnya... dari kerusi Menteri Besar barulah Azmin tahu payah rupanya hendak 'bermain dengan kuasa' ini jadi terpaksalah ikut saja apa yang diwarisi dari Abdul Khalid.
Pada Rabu beliau bersetuju  dengan pembelian saham Pengurusan Air Selangor (PNSB) dengan Puncak Niaga Holdings Bhd dengan alasan memudahkan Kerajaan Selangor melalui Air Selangor mengambil alih dan menyusun semula operasi kedua-dua syarikat berkenaan.

26/09/2014

KEPIMPINAN AZMIN LAGI BURUK DARIPADA TS KHALID ???


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan mengubah banyak perkara dalam pentadbiran kerajaan negeri itu apabila beliau dijangka terus dikawal oleh pemimpin tertentu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Azmin akan masih dikawal walaupun tidak sama seperti yang berlaku kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

'Remote control'(Klik) berubah sedikit sebanyak, mungkin tidak sama seperti yang berlaku kepada Wan Azizah, tetapi beliau (Azmin) akan masih dikawal.

21/09/2014

ADAKAH INI KELAYAKAN AZMIN UNTUK MENJADI MB SELANGOR ???


KUALA LUMPUR 19 Sept. - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali diyakini tidak akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Penganalisis politik, Dr. Noor Sulastry Yurni Ahmad berkata, pelbagai kesan buruk akan berlaku sekiranya Azmin dipilih memegang jawatan itu kerana beliau juga akanmenjadi boneka (Klik) sama seperti Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Azmin adalah bayangan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya tidak nampak beliau mampu membawa Selangor sekiranya dilantik memegang jawatan itu.

"Kes seumpama ini pernah terjadi ketika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak apabila dia banyak mengikut arahan DAP. Kita tidak nampak pakatan pembangkang benar-benar berjuang untuk rakyat tetapi lebih untuk mendambakan kuasa,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

25/08/2014

AZMIN : KENAPA PERLU NAK CABAR MAHKAMAH ???


Walau siapa pun menjadi peguam, apa salahnya. Takut kerana salah, berani kerana benar ?

Jangan lah menunjukkan sikap keegoan yang keterlaluan.

Mana-mana peguam pun sama saja. Asalkan yang bertauliah untuk menghakimi di Negara kita ini.

Kalau KES AFIFA dengan ANWAR nanti, mungkin boleh Mahkamah siarkan secara langsung. Kita pun setuju sangat.

20/07/2014

3 STRIKERS PARTI KENCING RAKYAT UNTUK MENJATUHKAN KHALID???



HURU-HARA LAH SELANGOR NAMPAKNYA.

Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berkeras memegang sebagai Menteri Besar Selangor sehingga hujung tempoh, bos partinya Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata akan ada perubahan "pada masa yang sesuai".

PKR de facto pemimpin juga berkata pengganti Khalid telah diputuskan tetapi enggan mendedahkan identiti.

Ia secara meluas diketahui bahawa pesaing untuk jawatan itu adalah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali.

Dr Wan Azizah dikatakan satu dipilih, tetapi suaminya, Anwar, enggan mengesahkannya.

Beliau berkata ia akan dibincangkan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Kami tidak menamakan sesiapa lagi. Perlu ada kata sepakat di kalangan ahli-ahli PR," katanya.


01/03/2014

KHALID AKAN TENTANG AZMIN HABIS2AN HINGGA KE LIANG LAHAD !!!


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan PKR sebagai timbalan presiden parti sekaligus menentang Mohamed Azmin Ali.


Bagaimanapun, Abdul Khalid berkata, fokus utama perlu diberikan pada PRK Dun Kajang, 23 Mac ini sebagai salah satu langkah untuk memenangi jawatan tersebut.

"Saya akan terima amanah rakyat supaya saya bekerja dengan penuh tanggung jawab.

"Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.

"Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan sayanak jadi timbalan presiden PKR," katanya pada Majlis Kasih Bertaut, di kediaman rasminya, malam ini.

Tambahnya, keputusan itu dilakukan berikutan menerima sokongan rakan dalam parti.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu menasihatkan pengikutnya supaya menjadikan perkara itu sebagai fokus kedua.

"Saya sudah terangkan sebab menawarkan diri bertanding timbalan presiden PKR, saya harap rakyat menjadikan hal ini perkara kedua.

"Saya tak nak ada yang cakap menteri besar salah guna kuasa," katanya.

Selain itu, Abdul Khalid juga menyatakan keputusan yang dilakukannya tidak melibatkan spekulasi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan tersebut.

"Saya tak tahu pun Nurul Izzah nak bertanding atau menarik diri," katanya.

Sumber:sinarharian

16/05/2013

AL-JUBURI BERSIAP SEDIA UNTUK MELARIKAN DIRI KELUAR NEGARA !!!


Berikutan perlantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Menteri Dalam Negeri membuatkan Al-Juburi bersiap sedia untuk melarikan diri keluar negara dalam tempoh masa terdekat. KLIK

Manusia jahanam ini, sepatutnya sudah lama di halau keluar daripada negara ini, terpulanglah negara mana yang ia akan pilih. Israel ke, Nigeria ke, Papua New Guinea ke.... ikut suka dia la....

Ujian DNAA ke atas Hafifa apa dah jadi ??? Hafifa kat mane sekarang ?? Azmin Ali tunggu masa saja untuk memecahkan bontot Al-Juburi.... Sekarang ini perjanjian diantara Al-Juburi untuk menempatkan Azmin Ali ke Jawatan Menteri Besar Selangor tidak kesampaian..... padan muka... berjanji sangat. KLIK




05/04/2013

AZMIN ALI PRESIDEN PKR YANG BARU ???

Rancangan Azmin Ali berjaya disaat-saat akhir untuk menghadapi PRU ke 13. Rahsia Anwar semua didalam koceknya. Itu sebab Anwar bersedia melepaskan segala-galanya kepada AZMIN. KLIK CEPAT CEPAT DISINI

21/01/2013

Harussani : ‘Azmin Jangan Memandai-Mandai Bercakap Hal Kalimah Allah’

Kuala Lumpur: PKR hanya mengutamakan kepentingan politik kerana tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura PAS melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali harus menyerahkan aspek berkaitan agama, terutama kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam kitab berkenaan kepada ulama dan bukannya bersikap memandai-mandai menolak keputusan Majlis Syura PAS.

19/01/2013

Kalimah Allah: Bapok Azmin tidak puas hati keputusan Majlis Syura ?

Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.
Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya
Kenyataan di atas keluar dari mulut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri, tidak ada tokok, tidak ada tambah, exactly macam mana dia cakap ya.

04/10/2012

POLITIK KHALID GAGAP BERKUBUR SELEPAS PRU KE 13

Menang atau kalah, Khalid Ibrahim tidak akan menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, tegas Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR. Umum mengetahui hubungan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim renggang sejak sekian lama apabila timbul desas-desus Azmin Ali akan menggantikan Khalid Ibrahim bagi jawatan Menteri Besar.

Hari ini, Azmin Ali menegaskan Khalid Ibrahim tidak akan dilantik semula ke jawatan Menteri Besar Selangor akibat daripada keputusan gabungan bersama DAP, PAS dan PKR. Ini disebabkan kepimpinan Khalid Ibrahim di Selangor pada penggal ke-12 ini tidak berjaya memuaskan rakyat Selangor.

01/10/2012

Azmin Ali Mendakwa UMNO-BN Tandus Calon Bermoral - Hahahahahahaha! malunya.....

Teringat CTS kepada sebuah pepatah Inggeris, "the pot calling the cattle black" apabila membaca dakwaan Timbalan Pengerusi P"Gay"R, YB Azmin Ali. CTS tabik hormat dengan YB Azmin Ali yang mempunyai rekod peribadi yang mulia, mempunyai isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah, menjalani kehidupan yang zuhud, taat dan sentiasa mendengar perintah Ibu. Cumanya, beberapa persoalan di bawah harus dijawab kepada Rakyat sebelum mendakwa orang lain tidak bermoral.

24/08/2012

Ya Allah Kau tunjukkan sesuatu kepada ANAK YANG DERHAKA


Mak Tom Kecewa Azmin Tidak Balik Beraya Lagi

AIDCNews – 21/08/12 – Seperti diduga, Azmin Ali tidak pulang menjenguk ibunya, Mak Tom Yahaya, 79 tahun pada Aidilfitri kali ini.
“Saya sangat kecewa dengan sikapnya,” kata Che Tom ketika ditemui Utusan Malaysia.
Malah, katanya, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR langsung tidak pernah balik ke rumah untuk bertanya khabar apatah lagi untuk berbuka puasa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.
Ini merupakan kali kedua, Che Tom, bertemu media bagi melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap Azmin.

06/08/2012

Gambar seks: PKR siasat Azmin?

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa bercadang melakukan siasatan dalaman terhadap Timbalan Presidennya, Azmin Ali berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau pada April lalu.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata, siasatan dalaman itu bagaimanapun tidak dipersetujui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun didesak keras Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin kanan parti lain.

Katanya, pertelingkahan itu menyebabkan berlakunya keretakan dalam PKR yang mana wujud dua kem iaitu kem menyokong siasatan terdiri daripada penyokong Dr. Wan Azizah dan kem yang menolak siasatan terdiri daripada penyokong Anwar dan Azmin.

"Saya difahamkan siasatan dalaman PKR ini tidak direstui Anwar. Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun diasak Presiden dan pemimpin kanan parti.

05/08/2012

Emas Olimpik: Azmin Kecil Hati Hadiah Makan Aiskrim?

azminaliseks7
KERJASAMA stesen TV3 dan syarikat pengeluar aiskrim Baskin Robin untuk memberi rakyat Malaysia makan aiskrim percuma jika atlet negara yang sedang bersaing di Olimpik London sekarang berjaya memenangi pingat emas, khabarnya mengecewakan Azmin.

Sebaik diumumkan di TV3 sebentar tadi, kedengaran hilai ketawa sahut menyahut di banyak rumah di sekitar kediaman penulis.  Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana ingat aiskrim, ingat Azmin.

Penulis sendiri pun masih ketawa sehingga sekarang kerana mengenangkan dari banyak-banyak insentif yang boleh diberikan untuk meraikan pingat emas pertama negara, makan aiskrim juga yang dipilih.

Walaupun penulis yakin kerjasama antara 2 Syarikat tersebut tidak ada kena mengena dengan Azmin, tapi bual-bual mengenai perkara ini hampir mustahil dapat ditahan dari menjadi topik perbincangan hangat di kalangan rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...