Translate

31/03/2015

AZMIN ALI UMPAMA ULAR KEPALA DUA ?


SHAH ALAM, 31 Mac: Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tetap mendakwa Kerajaan Persekutuan menambah syarat lain untuk mengambil aset dan tanah melalui penstrukturan semula air Kerajaan Negeri Selangor, sekaligus melanggar perjanjian utama penstrukturan semula perkhidmatan air negeri itu yang ditandatangani 12 September tahun lalu.

Azmin tetap mendakwa Kerajaan Persekutuan cuba mengambil alih keseluruhan jajaran 26,000 kilometer aset paip air termasuk tanah ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Sue Lim yang ingin tahu status penstrukturan semula industri air Selangor.


“Apakah kita nak serahkan 26,000 km paip dengan 26,000 jajaran tanah kepada kerajaan pusat sedangkan dalam perjanjian utama kita sudah nyatakan senarai aset syarikat konsesi yang akan dipindah milik (kepada kerajaan Persekutuan) bagi proses penstrukturan semula perkhidmatan air tetapi bukan tanah,” kata Azmin.

Azmin mendakwa jika syarat tambahan oleh Kementerian Teknologi Hijau, Tenaga dan Air (KeTThA) itu dipersetujui bermakna kesemua pemindahan aset syarikat konsesi kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) mesti diserahkan bersama tanah di mana terletaknya aset tersebut dan kerajaan negeri tidak lagi menjadi pemilik kepada tanah itu.

Malah Azmin turut mendakwa kerajaan Persekutuan cuba memutar belit kenyataan dengan menyalahkan kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan rundingan air itu, sedangkan keengganan Putrajaya bersetuju dengan senarai pemindahan aset air mengikut perjanjian utama yang menyebabkan proses memuktamadkan perjanjian tergendala.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...