Pihak telekomunikasi sepatutnya mengekalkan harga jualan kad prabayar
KUALA LUMPUR, 1
April: Orang ramai hari ini bingung dan
berang apabila pembelian kad tambah nilai pengguna perkhidmatan prabayar
dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Mereka dilihat
membuat aduan mengenai perkara tersebut di laman Twitter GST Malaysia
Info dengan menyatakan ketidakpuasan hati mereka.
Mozas My
berkata caj yang dikenakan tersebut adalah terlalu keterlaluan.
“Mungkin saya
akan boikot syarikat telekomunisi selepas ini,” katanya.
Sementara itu,
Al Tarmizi pula memberitahu harga tambah nilai di kedai serbaneka terkemuka di
Malaysia telah dikenakan GST dan minta pihak berkuasa ambil perhatian.
Sebelum ini,
terdapat penyebaran surat pekeliling yang dikatakan daripada Pengarah GST
Jabatan Kastam, Datuk Subromaniam Tholasy yang mengatakan harga jualan kad
prabayar telah mengandungi elemen cukai perkhidmatan.
Menerusi surat
berkenaan, pihak telekomunikasi sepatutnya mengekalkan harga jualan kad
prabayar seperti mana harga RM5, RM10, RM30, RM60 dan RM100.
Namun begitu,
berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post, senario yang berlaku
pada hari pertama pelaksanaan GST adalah sebaliknya apabila kad tambah nilai
telah dikenakan GST sama ada dibeli di kedai serbaneka atau melalui perbankan
dalam talian.
Malah orang
ramai turut memuat naik gambar resit pembelian kad prabayar berkenaan di laman
sosial yang menunjukkan mereka terpaksa membayar lebih untuk kad prabayar
berkenaan.
Perkara yang
sama turut berlaku sekiranya orang ramai ingin membeli tambah nilai melalui
aplikasi perbankan dalam talian seperti Maybank2u atau CIMB Clicks yang mana
caj enam peratus turut dikenakan ke atas setiap pembelian.
Situasi yang
berlaku tersebut bagaimanapun berbeza dengan kenyataan yang telah dikeluarkan
oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Menerusi laman
Twitter miliknya, KPDNKK memberitahu semua harga tambah nilai prabayar adalah
kekal seperti sebelum ini.
Jika lebih
mahal, aduan boleh dibuat melalui talian 1800-886-800 atau laman web eaduan.kpdnkk.gov.my.