Pemimpin
Pembangkang Buat-Buat Terkejut !!!
KUALA LUMPUR: Pimpinan
pakatan pembangkang terkejut dengan pengisytiharan kekosongan kerusi Parlimen
Permatang Pauh milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seolah-olah tidak bersedia dengan perkembangan
terbaharu itu, wakil rakyat pembangkang mahu semua pihak memberi ruang kepada
kepimpinan tertinggi parti untuk menentukan tindakan susulan berhubung perkara
itu.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, parti
itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi merancang langkah yang
perlu diambil, termasuk calon yang akan diberi tanggungjawab mempertahankan
kerusi Parlimen Permatang Pauh.
“Ini adalah sesuatu yang mengejutkan, jadi pimpinan
atasan akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin untuk menentukan apa yang akan
dilakukan seterusnya.
"Memandangkan berita ini pun baru sahaja
diketahui, beri kami sedikit ruang (tentukan calon),” katanya ketika ditemui
pemberita di bangunan Parlimen di sini, Rabu.
Pada Rabu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas
petisyen rayuan pengampunan Anwar ditolak.
Keputusan itu sekaligus bermaksud hukuman penjara
bagi tempoh lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar hendaklah diteruskan.
Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen
Sungai Petani berkata, parti itu akur dengan keputusan yang menolak petisyen
rayuan keluarga Anwar berhubung sabitan kes liwatnya.
"Speaker
telah memberikan keputusan, kami akur dengan undang-undang dan kami akan susun
strategi yang perlu dilakukan selepas ini,” katanya.