Baru Azmin tahu susah senang jadi MB Selangor
Ada beza bercakap
sebagai dari kerusi Menteri Besar dan dari kerusi ADUN PKR biasa sahaja... itu
pengajaran yang Mohamed Azmin Ali kena akui sejak dua tiga minggu ini.
Bermula dari kisah rampasan Bible, Lebuhraya Kidex, dan terbaru isu air.
Sekali pandang Azmin macam orang lain sebab sebelum ini beliau bukan main
galak kritik bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ketiga-tiga
isu ini.
Akhirnya... dari kerusi Menteri Besar barulah Azmin tahu payah rupanya
hendak 'bermain dengan kuasa' ini jadi terpaksalah ikut saja apa yang diwarisi
dari Abdul Khalid.
Pada Rabu beliau bersetuju dengan pembelian saham Pengurusan Air
Selangor (PNSB) dengan Puncak Niaga Holdings Bhd dengan alasan memudahkan
Kerajaan Selangor melalui Air Selangor mengambil alih dan menyusun semula
operasi kedua-dua syarikat berkenaan.