Ahli Parlimen PKR untuk kawasan Lumut, Perak,
bekas Laksamana Pertama Haji Imran Hamid, jangan kerana sudah
masuk dalam kandang pembangkang segala prinsip asas hendak dilempar ke dalam
longkang.
Ini contoh apa yang dikatakan atas nama politik
apa saja sanggup diputar untuk bakar sentimen demi undi.
Kalau
orang lain mungkin agak kurang menghairankan namun cakap ini keluar dari
seorang bekas pegawai tinggi TLDM.
Sekalipun
sudah jadi Ahli Parlimen PKR untuk kawasan Lumut, Perak, bekas Laksamana Pertama
Haji Imran Hamid sepatutnya cukup maklum mengenai aspek keselamatan dan SOP
melibatkan kes orang tebusan.
Jangan
kerana sudah masuk dalam kandang pembangkang segala prinsip asas hendak
dilempar ke dalam longkang.
Bayangkan
bekas pegawai tinggi TLDM ini turut serta mendesak kerajaan membayar wang
tebusan RM6 juta yakni RM3 juta seorang untuk membebaskan dua rakyat Malaysia
yang diculik oleh gerombolan dari Selatan Filipina.
Dua
yang diculik ialah seorang penternak ikan Chan Sai Chiun pada 16 Jun dan
anggota polis Zakiah Aliep pada 12 Julai tahun ini.
Lebih
teruk Haji Imran dipetik cuba main sentimen mempersoalkan kenapa kerajaan tidak
boleh bayar wang tebusan sedangkan berbilion ringgit dibelanjakan untuk tujuan
lain.