Jika baca sekali lalu apa kata Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar nampak sangat PAS nak cepat-cepat tutup buku isu keceluparan pemimpin DAP terhadap Datuk Seri
Abdul Hadi Awang.
Jika
nak bentang kronologi kisah perang dingin PAS dan DAP ini berpunca dari mulut
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengata Haji Hadi dalam satu konvensyen
DAP.
Tindakan
biadap Guan Eng itu mengundang reaksi keras pemimpin PAS berbagai peringkat
sehinggalah mengeruhkan hubungan antara parti itu dalam Pakatan.
Jawab
menjawab itu berlaku lebih dua minggu dan pada Jumaat PAS menyifatkan isu
tersebut sudah selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.
Menurut
Mahfuz perkara itu sudah selesai apabila satu pertemuan antara Setiausaha Agung
PAS Datuk Mustafa Ali dengan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke diadakan
kelmarin.
"Cerita
ini sudah selesai, tidak perlu dipanjang-panjangkan lagi," kata Mahfuz
yang disiarkan oleh organ PAS Harakahdaily.
Beliau
berkata demikian sebagai mengulas desakan berterusan oleh DAP sebelum ini
terhadap Haji Hadi agar hadir dalam mesyuarat Pakatan.
Sementara
itu, pertemuan dua pihak antara PAS dan DAP itu diadakan selepas masing-masing
bersetuju membincangkannya secara 'direct'.-14/11/2014