Azmin Perlu
Pilih PAS
PETALING JAYA: Ahli
Parlimen DAP meminta Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyatakan pendirian
sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bekerjasama dengan PAS jika pakatan
Pembangkang baru diwujudkan.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal
Singh berkata, Azmin perlu membuat pilihan sama ada bekerjasama dengan DAP atau
PAS kerana hubungan kedua-dua parti itu tidak lagi sehaluan.
"Azmin perlu pilih untuk
bekerja dengan yang mana satu pada masa akan datang, kerana tidak lagi
realistik untuk pakatan antara DAP dengan PAS," katanya dalam satu
kenyataan pada Khamis.
Kenyataan tersebut dikeluarkan
selepas berlaku 'perang' di media sosial antara Azmin dengan Penolong
Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berikutan kesediaan Azmin untuk bekerjsama
dengan PAS.
Ramkarpal berkata, kenyataan
Azmin itu tidak tepat kerana ketegangan dalam Pakatan Rakyat yang membawa
kepada perpecahan pakatan rakyat berpunca daripada Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, tindakan Hadi
bukan sahaja mencetuskan kontroversi dengan DAP tetapi juga dengan ahli-ahli
partinya sendiri yang bertindak membentuk Parti Amanah Negara (PAN).
Sumber: KLIK DISINI