KUALA
LUMPUR, 26 Januari: Dewan
Undangan Negeri (Dun) Kedah perlu memanggil sidang khas bagi membolehkan undi
tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilakukan.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata sekiranya Adun-adun
Umno mempunyai majoriti, mereka perlu lakukan mengikut peraturan.
“Pendirian
kita adalah Dun Kedah sepatutnya mengadakan satu sesi khas untuk membuat undi
tidak percaya kalau tidak percaya kepada Menteri Besar Mukhriz Mahathir.
“Untuk Dewan
mereka, kami rasa mereka perlu buat begitu mengikut peruntukan,” katanya.