SHAH ALAM - Tindakan PKR mahu meletakkan Adun Kajang, Datin Seri Wan
Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor boleh menyebabkan perpecahan
dalam PR.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, perpecahan
boleh diandaikan berlaku kerana pimpinan dalam PR selesa dan berpuas hati
dengan corak pemerintahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor.
