Ahad, 29 Julai 2012

Lim Guan Eng terkilan Kak Ijah nak rampas kerusi Ketua Menteri P/Pinang ???


Wan Azizah bakal Ketua Menteri Pulau Pinang...biar betul !

Tentunya ada sesuatu yang tersirat apabila Presiden PKR Datuk Seri Sri Wan Azizah Ismail mengumumkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Melihat yang tersurat, isteri kepada Ketua Pembangkang itu berbuat demikian mungkin bagi mengekalkan ‘keluarga’ Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menguasai sandiwara politik tanahair kerana tidak mahu tewas kepada kepada keluarga Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Semua maklum, Wan Azizah juga perlu bersedia dengan satu kedudukan politik yang kuat selepas berkorban melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008 bagi membolehkan Anwar bertanding.

Ada pemerhati politik melihat Wan Azizah perlu bersedia meneruskan kepimpinan sebagai Ketua Pembangkang sekiranya Anwar tiba-tiba disabitkan dengan kesalahan liwat yang masih dalam rayuan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan atau kes video seks.

Sekiranya Anwar kembali ke Sungai Buloh, Wan Azizah tentunya diberikan peluang oleh DAP dan PAS bagi menerajui Pakatan Pembangkang kerana ‘air mata’ beliau perlu bagi menarik simpati rakyat kepada pembangkang seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, yang tersirat daripada keputusan Wan Azizah mahu bertanding di kerusi DUN kerana Perlembagaan Persekutuan tidak membolehkannya bertanding kerusi Parlimen dalam tempoh lima tahun ekoran melepaskan jawatan itu pada 2008, nyata lebih menarik.

Memang sukar dipercayai tetapi ada pemerhati politik yang sudah masak dengan game PKR atau pembangkang menjangkakan keputusan Wan Azizah bertanding di kerusi DUN di Pulau Pinang tempatnya mengundi bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, pulau mutiara itu.

Mustahil seorang presiden parti mahu bertanding dan jadi wakil rakyat biasa.

Mustahil juga beliau mahu menerima jawatan Exco jika menang dan pembangkang masih menguasai Pulau Pinang selepas PRU 13.

“Kena menang dulu. Kemudian, kita akan fikirkan mana-mana (jawatan) yang sesuai,” jelas Wan Azizah dalam sidang media pada awal bulan ini mengenai keputusannya itu.

Timbul persoalan, apakah DAP akan memberi laluan kepada Wan Aizah menerajui pimpinan di Pulau Pinang selepas Lim Guan Eng berkuasa sebagai Ketua Menteri sebelum ini?

Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diteliti kerana ada pemerhati politik menjangkakan ‘skrip’ antara PKR dan DAP sedang disiapkan untuk ditonton rakyat Pulau Pinang ketika kempen PRU 13.

Memang ketika ini, DAP menguasai 19 kerusi DUN, PKR (9) dan satu PAS manakala BN Pulau Pinang yang turut dilanda tsunami politik PRU 12 hanya dapat mengekalkan 11 kerusi.

Atas kertas, jika pembangkang kekal memerintah selepas PRU 13, DAP masih boleh mewakili PKR dan PAS memerintah Pulau Pinang.

Berita selanjutnya sila BACA DAN KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...