Translate

Memaparkan catatan dengan label Ketua Menteri P/Pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua Menteri P/Pinang. Papar semua catatan

11/11/2014

DAP P/Pinang mahukan Ketua Menteri dari anak tempatan


DAP Pulau Pinang sedar apa yang diperjuangkan oleh Lim Guan Eng adalah berbentuk peribadi dan bukan untuk rakyat Pulau Pinang.

PULAU PINANG 10 Nov. - Wakil rakyat DAP, Teh Yee Cheu hari ini mengusulkan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri yang ketika ini disandang oleh Lim Guan Eng dihadkan kepada dua penggal sahaja.

Yee Cheu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga berkata, sekiranya perkara itu diterima, ia akan membuka ruang kepada pemimpin lain yang berkebolehan untuk tampil ke hadapan dan memperjuangkan konsep demokrasi yang sebenar.

Cadangan itu kemudian mendapat sokongan Ketua Pembangkang , Datuk Jahara Hamid dan Yap Soo Huey (DAP- Pulau Tikus).

Bagaimanapun, ADUN Air Hitam, Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik Guan Eng membantah usul berkenaan sambil menyifatkan ia tidak ada kaitan. - UTUSAN ONLINE

29/07/2012

Lim Guan Eng terkilan Kak Ijah nak rampas kerusi Ketua Menteri P/Pinang ???


Wan Azizah bakal Ketua Menteri Pulau Pinang...biar betul !

Tentunya ada sesuatu yang tersirat apabila Presiden PKR Datuk Seri Sri Wan Azizah Ismail mengumumkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Melihat yang tersurat, isteri kepada Ketua Pembangkang itu berbuat demikian mungkin bagi mengekalkan ‘keluarga’ Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menguasai sandiwara politik tanahair kerana tidak mahu tewas kepada kepada keluarga Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

Semua maklum, Wan Azizah juga perlu bersedia dengan satu kedudukan politik yang kuat selepas berkorban melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Ogos 2008 bagi membolehkan Anwar bertanding.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...