DAP Pulau Pinang sedar apa yang diperjuangkan oleh Lim Guan Eng adalah berbentuk peribadi dan bukan untuk rakyat Pulau Pinang.
PULAU
PINANG 10 Nov. - Wakil rakyat DAP, Teh Yee Cheu hari ini mengusulkan supaya
tempoh jawatan Ketua Menteri yang ketika ini disandang oleh Lim Guan Eng
dihadkan kepada dua penggal sahaja.
Yee Cheu yang juga Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Bunga berkata, sekiranya perkara itu diterima,
ia akan membuka ruang kepada pemimpin lain yang berkebolehan untuk tampil ke
hadapan dan memperjuangkan konsep demokrasi yang sebenar.
Cadangan itu kemudian
mendapat sokongan Ketua Pembangkang , Datuk Jahara Hamid dan Yap Soo Huey (DAP-
Pulau Tikus).
Bagaimanapun, ADUN Air Hitam,
Wong Hon Wai yang juga Setiausaha Politik Guan Eng membantah usul berkenaan
sambil menyifatkan ia tidak ada kaitan. - UTUSAN ONLINE