Translate

10/11/2014

HADI JIJIK MENDEKATI PENJENAYAH LIWAT ???


Selepas sudah lama ‘tidak bersemuka ’, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya duduk sekejap sebelah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Isnin.
Hadi sejak kebelakangan ini tidak hadir ke Parlimen begitu juga dengan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sehingga timbul cerita ujud ketidaksefahaman antara Hadi dan Anwar.
'Pertemuan' mereka pada hari ini kerana kebetulan kedudukan kerusi ahli parlimen Marang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu sebelah menyebelah.
Hadi bagaimanapun tidak tunggu lama di dalam Dewan dan terus beredar selepas berucap kira-kira 12 minit membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.

Beliau terus keluar sendirian dan enggan menjawab soalan petugas media di luar Dewan.
Timbul teka teki sama ada beliau cuba mengelak berada di sebelah Anwar lebih lama di dalam Dewan.
Presiden PAS itu hanya memberitahu media bahawa beliau kurang sihat.
Pertembungan Hadi dengan Anwar dikatakan wujud sejak krisis jawatan Menteri Besar Selangor.
Beliau antara yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya kekal sebagai Menteri Besar dan menolak pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ketidakhadiran Hadi dalam mesyuarat pimpinan PR turut dikritik Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali membalasnya dengan mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu pun lebih kerap tidak hadir mesyuarat berbading Hadi.-10/11/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...