Translate

09/04/2011

Isteri Yang Soleha

Itulah yang dikatakan "ISTERI YANG SOLEHA" tak lain dan tak bukan adalah Datin Seri Wan Azizah.  Beliau sanggup mengadai maruah diri dan keluarga demi untuk menyelamatkan suami.  Apa pun yang akan berlaku tetap beliau mempertahankannya.  Islam pun menuntut sedemikian agar tidak menjatuhkan maruah suami, walau dalam   apa cara sekalipun dan beliau tidak mahu ditempatkan di 'Neraka Jahanam' bersama-sama orang yang munafik di akhirat kelak.

 “Dulu masa kes liwat satu dan liwat dua, mungkin beliau tak tengok dengan mata sendiri dan dia tak tahu. Kali ini beliau dah tengok video sendiri, namun beliau tetap dengan pendiriannya - tidak akan mendedahkan maruah suami dikhalayak ramai.  Beliau tidak mahu membelakangkan agama dan tetap berpegang teguh kepada 'Ajaran Islam', baru lah beliau boleh dikatakan 'Anugeah Tuhan'.


Tetapi sebaliknya pula kepada sang suami yang rakus disemua sudut, akhlak, tingkah laku, perbuatan dan sebagainya, membuatkan lagi isteri (Datin Seri) terus berpegang teguh kepada ajaran Islam, walaupun berbagai-bagai dugaan diterimanya.

Kita semua janganlah terlalu mendesak kepada beliau.  Biarkan lah Mahkamah Dunia yang menentukannya.  Kita semua hanya perlu berdoa dan memohon restu daripada Allah S.W.T agar memberikan hidayah dan kekuatan iman kepada Datin Seri Wan Azizah agar terus bersabar menempuh dugaan yang sungguh besar daripada Allah S.W.T.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...