Translate

16/03/2014

#PRK KAJANG - KAK WAN PUN NAK JATUHKAN KHALID IBRAHIM ???


Jawatan MB Selangor: Tanya Azmin, kata Wan Azizah

KAJANG - Calon PKR Dun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail masih menidakkan misi utama Langkah Kajang bertujuan menukar Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya Wan Azizah yang juga Presiden PKR meminta soalan penukaran penukaran menteri besar itu diajukan kepada Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

"Perkara ini kena tanya Azmin sendiri sebab itu kenyataan dia. Tapi pada saya jawatan itu tidak penting kerana niat saya hanya untuk berkhidmat dan memperkuatkan pasukan.

"Ada banyak perubahan dan pembaharuan yang kita boleh baiki dan itulah niat saya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa dan Penyampaian Anugerah Pekerja Sosial Cemerlang 2014, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas mengenai kritikan terhadap manifesto PR bagi pilihan raya ini sebagai 'sudah terlewat' dan sepatutnya dilaksanakan enam tahun lalu.

Wan Azizah berkata, sememangnya PR Selangor baharu sahaja memerintah dua penggal dan pastinya banyak perkara perlu dibaiki.

"Kita baru dua penggal kalau nak  dibandingkan BN berapa penggal mereka pegang? Jadi tak semudah itu untuk perbaiki," katanya.

Rabu lalu, Wan Azizah mengemukakan empat teras utama sebagai manifesto bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang iaitu isu jenayah dan meningkatkan keselamatan, menangani masalah kesesakan lalu lintas, fokus kepada anak muda dan usahawan kecil dan pembangunan serta penyelenggaraan perbandaran.

Bagaimanapun, berbeza pandangan dengan Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mendakwa ideologi bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad terus membayangi negara dan bertindak menghalang kemaraan Langkah Kajang ke Putrajaya.

Beliau berkata perkara ini bukan kerana Mahathir tetapi sistem pentadbiran negara.

"Bukan kerana Mahathir tapi sistem. Oleh itu mari kita bersama bangkit ubah sistem ini bersama saya kita ubah polisi yang ini," katanya.

Sumber:sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...