SEBELUM ini
PKR menipu rakyat apabila menubuhkan Darul
Ehsan Investment Group (DEIG) menerusi daftar RM2 sahaja di
Suruhanjaya Syarikat Malaysia tanpa melalui enakmen dan kelulusan Dewan
Undangan Negeri.
Kali ini
kerajaan Selangor didakwa memperbodohkan rakyat negeri itu dan ‘hina’ agama
Islam apabila bangga menonjolkan DEIG pernah membayar zakat perniagaan bernilai
RM2.5 juta ketika Ramadan pada 12 Julai lalu.
Isu itu
didedahkan ADUN BN Sungai Panjang, Budiman Zohdi yang persoalkan bagaimana DEIG
boleh sahaja selamba mengagihkan wang zakat termasuk kepada beberapa ranting
atau cawangan PKR di Negeri Sembilan.