Translate

05/08/2012

Emas Olimpik: Azmin Kecil Hati Hadiah Makan Aiskrim?

azminaliseks7
KERJASAMA stesen TV3 dan syarikat pengeluar aiskrim Baskin Robin untuk memberi rakyat Malaysia makan aiskrim percuma jika atlet negara yang sedang bersaing di Olimpik London sekarang berjaya memenangi pingat emas, khabarnya mengecewakan Azmin.

Sebaik diumumkan di TV3 sebentar tadi, kedengaran hilai ketawa sahut menyahut di banyak rumah di sekitar kediaman penulis.  Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana ingat aiskrim, ingat Azmin.

Penulis sendiri pun masih ketawa sehingga sekarang kerana mengenangkan dari banyak-banyak insentif yang boleh diberikan untuk meraikan pingat emas pertama negara, makan aiskrim juga yang dipilih.

Walaupun penulis yakin kerjasama antara 2 Syarikat tersebut tidak ada kena mengena dengan Azmin, tapi bual-bual mengenai perkara ini hampir mustahil dapat ditahan dari menjadi topik perbincangan hangat di kalangan rakyat.

Lagipun sehingga sekarang Azmin gagal mengambil tindakan saman terhadap pihak-pihak yang menyebarkan gambar-gambar tersebut, sedangkan saman adalah petunjuk aras sama ada pemimpin Pakatan haram bersalah atau tidak di negara ini.

Kalau dia saman, itu maksud dia tak salah, kalau dia tak saman, itu maksud dia bersalah.  Itulah SOP tidak rasmi yang diguna pakai pemimpin Pakatan Haram yang diketuai Anwar Ibrahim.

Azmin Ali juga tidak terkecuali.

Nampaknya usaha pihak tertentu memberi aiskrim percuma di Shah Alam sebelum ini setelah gambar Azmin tersebar,  berbaloi jugalah kerana sekarang ada pihak korporat yang meniru inisiatif mereka, walaupun atas tujuan berbeza.

Jadi penulis menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar sama-sama kita dapat mendoakan kejayaan atlit negara di Olimpik untuk sekurang-kurangnya mendapat satu emas untuk negara.

Disamping mencatat sejarah tersendiri, kita semua berpeluang makan aiskrim percuma hasil inisiatif TV3 dan Baskin Robin.

Mungkin TV3 boleh menjemput Azmin hadir ke majlis tersebut nanti, lebih cantik kalau dapat diberi peluang kepada Azmin untuk bercakap sepatah 2 kata.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...